Rabu, 30 November 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Ketua komunikasi MAS letak jawatan

Posted: 30 Nov 2011 03:57 AM PST

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines hari ini mengumumkan perubahan dalam kumpulan pengurusannya dengan peletakan jawatan Raja Zamilia Raja Mansur sebagai ketua komunikasi berkuat kuasa esok.

Berkhidmat dengan Malaysia Airlines bagi tempoh setahun, Raja Zamilia memutuskan untuk meneruskan bidang lain dan memulakan fasa seterusnya dalam kerjaya beliau.

Ketua pegawai eksekutif kumpulan Malaysia Airlines Ahmad Jauhari Yahya berkata memandangkan pengalaman dan pengetahuan meluas beliau dalam syarikat berkaitan kerajaan, syarikat multinasional dan industri hospitaliti, Raja Zamilia menerajui kumpulan dalam persekitaran perniagaan yang mencabar.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Raja Zamilia di atas komitmen tidak berbelah bagi beliau dan sumbangannya kepada syarikat," katanya.


Buat sementara ini, Naib Presiden Komunikasi Eda Ahmad akan menyelia pentadbiran bahagian komunikasi. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

2 maut dalam nahas jalan raya di Kudat

Posted: 30 Nov 2011 03:54 AM PST

KUDAT: Dua orang maut dalam kemalangan jalan raya yang membabitkan sebuah kereta dan pacuan empat roda di KM 3.5, Jalan Bak-Bak dekat sini tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kudat, Jamaludin Hussin berkata mangsa dikenali sebagai Mariati Johari, 25, yang merupakan pemandu kereta Wira itu dan penumpangnya Jaiddy Jaafar, 24.

Empat penumpang lain dalam kereta itu hanya cedera ringan, katanya ketika dihubungi.

Jamaludin berkata pemandu pacuan empat roda D-Max tersebut, Christine Vun Chau Hing dan anak perempuannya Lo Lee Fah @ Vivian pula mengalami cedera parah dan dihantar ke Hospital Kudat.


Katanya kedua-dua kenderaan itu bertembung antara satu sama lain di laluan bertentangan. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan