Berita Harian: Nasional |
| Enam program impak tinggi bantu PKS: Najib Posted: 23 Nov 2011 06:10 PM PST Nasional NAJIB pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MPPK kali ke-12, semalam. Turut sama Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz. PUTRAJAYA: Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan (MPPK) menggariskan enam program impak tinggi bagi membangunkan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negara setanding negara maju dengan pertumbuhan 8.7 peratus setahun sehingga 2020. Ia adalah antara 32 pelan tindakan utama dalam Pelan Induk Perusahaan Kecil dan Sederhana 2012-2020 yang diluluskan semalam untuk merangsang pertumbuhan PKS ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi. Ia turut menetapkan SME Corporation Malaysia (SME Corp) sebagai agensi utama menyelaras dan memastikan kejayaannya.Tanpa campur tangan kerajaan, ia hanya berkembang 6.5 peratus setahun... - Najib Razak, Perdana Menteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata matlamat pembangunan PKS adalah meningkatkan sumbangan untuk melonjakkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada 32 peratus kepada 41 peratus, guna tenaga daripada 59 peratus kepada 62 peratus dan eksport daripada 19 peratus kepada 25 peratus."Tanpa campur tangan kerajaan, ia hanya berkembang 6.5 peratus setahun sedangkan PKS berperanan penting membangunkan ekonomi negara yang mewakili 99 peratus perniagaan di negara ini," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat MPPK kali ke-12, di pejabatnya semalam. Enam program impak tinggi adalah: Najib berkata, walaupun negara mencapai kejayaan dalam membangunkan PKS, langkah positif dan berani itu perlu dilaksana bagi memastikan sektor itu terus berkembang setanding negara maju lain. "Berbanding negara maju, produktiviti PKS kita masih rendah, iaitu AS$15,000 sedangkan produktiviti di negara maju jauh lebih tinggi dengan ada kalanya mencapai lima atau enam kali ganda," katanya. |
| Tanah orang Melayu RM2b kini milik ceti Posted: 23 Nov 2011 06:09 PM PST Nasional Waris Pulau Pinang tumpang tanah sendiriGEORGETOWN: Sebanyak 252 lot tanah dianggarkan bernilai RM2 bilion membabitkan kediaman dan dusun, yang kebanyakan milik orang Melayu Pulau Pinang dirampas oleh Chettiar atau ceti sebagai gantian cagaran pinjaman nenek moyang mereka beberapa dekad lalu tanpa disedari waris sekarang. Tanah yang terletak di 13 mukim dalam daerah Barat Daya sudah bertukar hak milik kepada 543 individu daripada golongan berkenaan yang kini dipercayai menetap di India.Berikutan kegagalan melunaskan pinjaman, ceti mengambil alih tanah itu tanpa disedari, orang Melayu menumpang di tanah mereka sendiri dan ia diteruskan oleh waris mereka sehingga ke hari ini. - Peguam Difahamkan, antara lot tanah itu terletak di kawasan perkampungan Melayu di Bayan Lepas; Permatang Damar Laut; Teluk Kumbar; Balik Pulau; Teluk Bahang; Gertak Sanggul; Kampung Seronok dan Kampung Binjai.Masalah sama juga dikatakan berlaku di daerah lain di negeri ini yang menyebabkan kedudukan orang Melayu semakin terhimpit apabila tanah berkenaan mahu dimajukan atau bertukar tangan kepada pihak ketiga. Ini menyebabkan ramai orang Melayu menjadi penumpang di tanah diduduki sekarang, walaupun pada asalnya milik nenek moyang mereka. Difahamkan, 1,000 orang Melayu sudah diusir pemilik tanah sebenar dan hidup merempat di sekitar negeri ini. Keadaan itu menyebabkan pemilikan ekuiti orang Melayu di Pulau Pinang semakin terhakis dan terancam termasuk keupayaan memegang hak milik hartanah sendiri, selain menggugat kuasa pengundi Melayu negeri itu. "Berikutan kegagalan melunaskan pinjaman, ceti mengambil alih tanah itu tanpa disedari, orang Melayu menumpang di tanah mereka sendiri dan ia diteruskan oleh waris mereka sehingga ke hari ini," kata peguam berkenaan. Beliau juga mendedahkan, ada antara tanah berkenaan berkeluasan 72.8 hektar dengan nilai mencecah hingga RM350 juta berpindah milik kepada ceti kerana pemilik asalnya gagal melunaskan hutang yang hanya RM350 sejak tujuh dekad lalu. Keadaan itu berlaku kerana pada zaman sebelum merdeka, banyak pemilik asal lot tanah berkenaan menggadaikan tanah kepada ceti bagi mendapatkan wang untuk perbelanjaan majlis perkahwinan anak mereka. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan