Utusan Online - Timur |
- Berbakti di Kampung Bemban
- Boling perkukuh hubungan kekeluargaan bomba
- 5 universiti meterai kerjasama perubatan
Posted: Berbakti di Kampung BembanOleh FAUZI MOHD. SEBAHAGIAN mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Kewangan UiTM Kampus Dungun menyertai program bakti siswa di Kampung Bemban, Dungun, baru-baru ini. DUNGUN 29 Nov. - Program mendekati masyarakat desa merupakan medium terbaik bagi menambah pengetahuan pelajar dan satu proses pembelajaran di luar bilik kuliah yang mampu membina jati diri seseorang mahasiswa. Menyedari hakikat itu, 31 penuntut Ijazah Sarjana Muda Kewangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun berkampung sehari di Kampung Bemban di sini, bagi menjayakan program bakti siswa bertemakan Secangkir Lara Dikongsi Bersama. Pengarah program itu, Mohd. Izwan Mahadi berkata, kunjungan ke kampung tradisional yang berusia lebih 100 tahun itu bagi membawa suasana ceria buat dua keluarga yang memerlukan perhatian masyarakat. Katanya, dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Dungun dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung berkenaan, seorang ibu tunggal dan keluarga orang kurang upaya (OKU) telah dilawati. "Sepanjang berada di kedua-dua rumah keluarga itu, kami bergotong- royong membersihkan halaman rumah serta meringankan kerja-kerja harian seperti memasak, membasuh pakaian dan mengemas rumah. "Bagi meringankan beban mereka yang dihimpit kemiskinan, kami turut menyumbangkan hamper berupa barang makanan dan keperluan harian lain," katanya ketika ditemui, baru-baru ini. Kata Mohd. Izwan, sepanjang mereka 'berkampung', pelbagai aktiviti lain disertai para peserta seperti program cetusan minda bersama masyarakat sekitar, motivasi pelajar dan silaturahim bersama penduduk kampung. "Ia telah mendekatkan para pelajar dengan masyarakat dan membuka peluang kepada mereka merasai suasana kehidupan di desa, selain mempelajari budaya serta aktiviti harian penduduk," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
Boling perkukuh hubungan kekeluargaan bomba Posted: Boling perkukuh hubungan kekeluargaan bombaSEBAHAGIAN daripada anggota Bomba dan Penyelamat Kelantan serta ahli Kemudi yang menyertai Pertandingan Boling Muhibah 2011 di Pasific Bowl KB Mall, Kota Bharu, baru-baru ini. KOTA BHARU 29 Nov - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menerusi Persatuan Sukan Kebajikan dan Kebudayaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kelantan (Pesked) mengadakan Pertandingan Boling Muhibah 2011 bertempat di Pasific Bowl KB Mall di sini, baru-baru ini. Pengarahnya, Azmi Osman berkata, program itu n bertujuan mengeratkan lagi hubungan dalam kalangan anggota jabatan itu tanpa mengira pangkat dan kedudukan. "Selain dapat beriadah, pertandingan ini juga menjadi medan terbaik untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam kalangan anggota bomba untuk diketengahkan. "Bersandarkan kepada sambutan pertandingan kali ini, kita bercadang untuk menjadikan pertandingan ini sebagai acara tahunan jabatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pertandingan itu. Azmi berkata, selain anggota JBPM Kelantan, pertandingan tersebut turut disertai oleh pengamal media dari Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) dan Persatuan Isteri-isteri Bomba Kelantan (Perisma). Katanya, penglibatan ahli Kemudi dalam pertandingan itu bertujuan menghargai sokongan yang diberikan oleh pengamal media yang membuat liputan berkaitan dengan jabatannya. "Sokongan yang diberikan oleh pengamal media sepanjang membuat liputan berkaitan dengan jabatan kami amatlah dihargai dan kita berharap ia akan berterusan," ujarnya. Pada pertandingan itu, pasukan Zon Kota Bharu - Machang membuktikan kejaguhan apabila muncul juara dengan 1,589 jatuhan pin, menewaskan pencabar terdekat Kota Bharu B selaku naib juara dengan 1,560 jatuhan pin. Tempat ketiga, disandang oleh Kota Bharu A yang melakukan 1,000 jatuhan pin, manakala dalam acara individu, Hasbullah Daud merangkul juara selepas melakukan 385 jatuhan pin. Full content generated by Get Full RSS. |
5 universiti meterai kerjasama perubatan Posted: 5 universiti meterai kerjasama perubatanKOTA BHARU 29 Nov. - Universiti Sains Malaysia (USM) bersama empat universiti luar negara iaitu Universiti Monash (MU), Australia; Universiti Perubatan Taipei (TMU), Taiwan; Universitas Gadjah Mada (UGM) dan Universiti Jenderal Soedirman (UJS) kedua-duanya dari Indonesia, berikrar untuk meningkatkan kerjasama dalam pengajaran dan pembelajaran etika bidang perubatan atau bioetika. Komitmen itu dinyatakan dalam Deklarasi Kota Bharu November (DKBN) 2011 yang telah dimeterai wakil dari setiap universiti sempena Simposium Pengajaran Etika Perubatan yang berlangsung di Kampus Kesihatan USM pada 21 dan 22 November lalu . Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, Prof. Dr. Abdul Aziz Baba berkata, aspek etika dan kemanusiaan adalah komponen penting yang menjadi asas pengajian perubatan dan sains kesihatan. "Kita memerlukan kerjasama dan ikatan yang lebih erat antara semua institusi dan individu terlibat terutama di peringkat serantau agar pengalaman dan kepakaran yang dimiliki dapat dikongsi bersama. "Antara komitmen yang kita persetujui termasuk pertukaran pelajar dan tenaga akademik, penyelidikan bersama dalam ilmu baru dan mengenalpasti kepelbagaian dan tahap perbezaan budaya serta mempromosi pengajaran dan pembelajaran etika di setiap peringkat pengajian kursus," katanya dalam majlis menandatangani DKBN 2011 di sini, baru-baru ini. Selain Abdul Aziz yang mewakili USM, deklarasi itu turut ditandatangani oleh Pengarah Pusat Etika dan Perubatan MU, Prof. Paul Komesaroff; Pengarah Jabatan Perubatan Kemanusiaan TMU, Prof. Duujan Tsai; Setiausaha Agung Pusat Bioetika dan Perubatan Kemanusiaan UGM, Dr. Nur Azid Mahardinata dan Ketua Jabatan Perubatan Kemanusiaan UJS, Dr. Amalia Muhaimin. Simposium dua hari itu menghimpunkan pakar etika serantau dan juga USM bagi menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bioetika universiti itu sepanjang ia diaplikasi dalam kurikulumnya lebih 20 tahun lalu. Pada majlis sama, Duujan berkata, agenda memperkukuh kerjasama serantau adalah lebih baik berbanding menghalakan fokus kepada kepakaran di negara barat seperti Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK). "Adalah lebih baik untuk kita mengetahui apa yang berlaku di negara jiran dan saling mempelajari dari pengalaman masing-masing. Apa yang perlu adalah untuk membiasakan dengan kepelbagaian istilah etika yang digunapakai dan memahami budaya yang berbeza," katanya. Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Bioetika Kebangsaan, Prof. Dr. Zabidi Azhar Mohd. Hussin pula berkata, simposium tersebut juga bertujuan mengorak langkah awal ke arah mewujudkan program sarjana bioetika secara kerjasama antara tiga universiti iaitu USM, TMU dan UGM pada masa hadapan. "Kita tidak mahu bioetika selama-lamanya dianggap sebagai subjek sampingan sahaja dalam pengajian perubatan dan sains kesihatan kerana ia perlu dianjak ke tahap lebih tinggi. "Sebagai mantan dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, saya terlibat langsung pada tahun 1991 merombak kurikulum perubatan universiti ini untuk memasukkan subjek bioetika dalam pengajian sarjana muda, justeru sudah sampai masanya usaha ini pula dibuat meskipun mungkin mengambil masa lama untuk menjadi kenyataan," ujarnya. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Timur To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan