Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 26 Nov 2011 03:07 PM PST HULU LANGAT: Kehangatan berpacaran dengan lelaki bergelar warga emas tidak pernah pudar di hati Noraida Abdul Saman, 36, walaupun perkenalannya dengan suami, Abdul Aziz Uteh, 76, hanya dua minggu ketika mereka bertemu di Kampung Ketumbar, Ampalas, Medan, Indonesia. Ketika berjumpa dalam pertemuan diuruskan keluarga, Noraida terpaksa membuat keputusan sama ada menerima atau tidak lamaran lelaki itu yang pada mulanya dianggap main-main kerana menyangka dia sudah berumah tangga.
"Saya berkahwin ketika berusia 27 tahun manakala abang (suami) pula 67, sebenarnya saya tidak mempunyai ibu bapa dan bapa saudara saya memberitahu ini mungkin jodoh saya, manakala adik beradik lain pada mulanya risaukan keselamatan saya jika pulang ke Malaysia.
Ditanya apa yang membuatkannya tertarik kepada Abdul Aziz, Noraida berkata, ketika awal pertemuan mereka, dia dapat merasakan suaminya penyabar tetapi menyangka ia mungkin sekadar untuk mengambil hatinya, namun selepas hampir 10 tahun hidup bersama, telahan itu terbukti tepat.
"Tiada apa petua atau amalan, cuma kita kena jaga kesihatan sendiri, malah saya juga mempunyai penyakit, iaitu darah tinggi dan sakit lutut, jadi saya ikut arahan doktor dan melakukan senaman setiap pagi," katanya yang masih berniaga sekitar daerah ini sambil dibantu isteri.
|
Posted: 26 Nov 2011 03:06 PM PST LAPAN tahun lalu, langkahnya bermula sebagai editor produksi. Setahun dia berada di posisi itu dan pada masa sama mencuba nasib sebagai penyanyi hingga terhasil album berjudul Yana Ceria. Fokusnya terhadap kerja kreatif terpaksa dihadkan apabila melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda di Universiti Teknologi Mara selama tiga tahun. Pemilik nama Norliana Samsudin atau mesra membahasakan diri Yana ini hanya memikul tugas sebagai penyunting pada cuti semester dan pada 2007, dia diberi peluang oleh Metrowelth Pictures mengarah filem Selamat Pagi Cinta yang dibintangi Nur Fazura, Pierre Andre, Que Haidar dan Sharifah Amani. Tahun sama juga dia menjayakan filem Histeria sebagai penutup sementara kerjaya seninya untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran. Usai menggenggam segulung ijazah, gadis kelahiran Yong Peng, Johor ini ditawarkan membintangi filem Adnan Sempit dan itulah permulaan pintu rezeki sebagai pelakon terbuka luas.
berulang kali frasa itu dipanjatkan ke hadrat Ilahi, kerja keras dan kesabarannya selama ini akhirnya membuahkan hasil. Biarpun terpaksa menunggu, manisnya tidak terucap dengan kata-kata. "Alhamdulillah, sepanjang tahun ini jadual saya penuh dengan penggambaran filem, drama dan telefilem. Ada yang sudah ditayangkan, selebihnya keluar tahun depan. Boleh dikatakan saya berpuas hati kerana tahun ini saya dapat merasa pelbagai karakter dan kelainan. "Berdebar kerana tahun depan lima filem lakonan saya akan ditayangkan bermula dengan Adnan Sempit 2 pada 23 Februari diikuti Tiga Temujanji (5 April), 8 Jam, Aku Ada Kau Ada dan Minyak Dagu. "Saya bahagia usaha keras selama ini berbaloi dan pada usia muda, saya bekerja di belakang tabir, berlakon, mengarah, menulis skrip filem serta menyanyi. Dipuji lakonannya semakin mantap, dengan merendah diri Yana berkata, andai itu disuarakan penonton, dia berbesar hati namun bagi dirinya apa yang dipersembahkan belum capai tahap piawaian yang disasarkan. Masih banyak yang perlu diperbaiki malah proses pembelajaran tidak pernah bernoktah. Ulasnya, bermula dari bawah mendidiknya menjadi anak seni berjiwa penyabar, gigih berusaha, tahu apa itu makna bersyukur serta menghargai peluang yang hadir depan mata. Masih segar di kanvas memori, awalnya dia hanya diberi peranan pelakon tambahan. Ketika itu hanya 'baju' yang nampak di kaca TV, siapa sangka dia kini pelakon utama. "Umpama mimpi kerana saya tak pernah terfikir akan dapat peluang ini. Awal pembabitan, saya diberitahu susah naik kerana tidak ada pakej. Bagaimanapun selepas bertemu mereka yang menjelaskan apa sebenarnya makna berlakon, persepsi saya terhadap diri mula berubah. Frasa berlakon tak perlu cantik tetapi lakonan yang menampakkan pelakon cantik memberi 1001 makna kepada saya. Sejak itu keyakinan diri mula bertambah dan syukur Adnan Sempit melonjak nama saya. "Kalau nak tahu gigi saya pun pernah jadi isu. Kata mereka kalau nak berlakon kena gigi cantik dan pada ketika itu saya nekad mahu pakai pendakap gigi. Saya sudah berjumpa doktor gigi dan ukuran sudah diambil. Fikir punya fikir, akhirnya saya batalkan hasrat itu. Gigi saya bukan jarang, cuma tidak rata. "Nasib baik tak buat sebab ramai peminat cakap gigi saya 'cute'. Alhamdulillah saya suka dengan apa yang saya ada dan terima seadanya. Tak perlu ubah atau tambah," katanya seraya ketawa. Mengulas perkembangan terkini, sehingga penghujung bulan depan Yana terbabit dengan penggambaran Santau Merasuk arahan Azhari Zain untuk slot Seram TV3. "Ini bukanlah projek seram pertama saya kerana sebelum ini saya pernah menjayakan Jangan Tegur Lagi dan Minyak Dagu. Pun begitu inilah kemunculan sulung saya sebagai teraju utama menerusi genre seram. Cabarannya memang berbeza kerana dalam projek terdahulu saya cuma melihat hantu tetapi kali ini saya yang terkena santau dan dirasuk. "Ketika menelaah skrip, saya sedar perlu persediaan lebih baik dari segi mental mahupun fizikal kerana ada banyak babak yang babitkan darah. Mengenali Abang Zack (Azhari Zain), filem seram garapannya pasti ada lintah, cacing dan ulat. "Apabila terhidu baunya saya akan rasa mual. Dalam siri ini ada banyak babak muntah darah, bayangkan saya kena letakkan darah itu dalam mulut. Suka atau tidak saya kena lalui kerana itu adalah tugas seorang pelakon. "Untuk menjiwai watak ini, saya buat rujukan dengan menonton filem Santau, Paranormal Activity, Anti Christ, Exorcist dan Laddaland (Thailand). Jika filem Santau mengisahkan pasangan suami isteri mengalami kejadian menakutkan akibat di santau jiran menerusi drama ini ada penambahan anasir lain seperti penunggu pokok," katanya memaklumkan penggambaran itu mengambil masa 40 hari sekitar Sijangkang dan Kuala Lumpur. Ditanya bilakah dia akan kembali duduk di kerusi pengarah sambil tersenyum Yana berkata sejak dua tahun lalu hasrat itu bermain di tangkai hatinya namun belum ada kesempatan lantaran terikat dengan jadual penggambaran yang ketat. Pernah dia cuba mencari ruang tahun ini namun tidak betah menolak tawaran beraksi depan kamera. Bukan sikapnya tergamak menghampakan harapan pihak yang percayakan kemampuannya demi mengejar sasaran peribadi. "Sejak tahun lalu saya cakap mahu mengarah tetapi hingga ke hari ini belum berkesempatan. Kalau ikutkan skrip, sudah ada cuma masa tidak mengizinkan. "Maklumlah untung nasib pelakon tidak menentu. Ada masanya banyak tawaran dan ada ketikanya langsung tidak ada. Sementara ada permintaan ini, kita buat habis-habisan. "Mengarah bila-bila masa pun boleh. Insya-Allah, tengoklah tahun depan macam mana. Harap-harap menjadi," katanya. Beralih ke perihal cinta, sepantas kilat Yana menjelaskan belum ada insan istimewa di hatinya. Bukan tidak ada cuba mendekati tetapi berat hatinya untuk menerima berikutan bimbang rutinnya yang padat akan menjadi punca ketegangan di kemudian hari. Justeru ada baiknya, dia menumpukan sepenuh perhatian kepada karier terlebih dulu daripada ada hati terluka. Andai memahami tidak mengapa namun akal warasnya memintanya menimbang perkara ini sedalam-dalamnya kerana apabila ada rasa sayang pasti tinggi harapan yang disandarkan. "Bukan semua orang faham cara kerja anak seni yang tidak menentu masa. Tambahan dalam keadaan sekarang, saya belum bersedia kerana masa sangat terhad. "Lagipun dalam soal hati dan perasaan, saya tidak mahu tergesa-gesa. Apabila tiba masanya nanti, saya pasti bertemu seseorang yang akan membuat saya ketawa dan tersenyum bahagia," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan