Isnin, 28 November 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


JPS Terengganu tambak Pantai Tok Jembal

Posted: 28 Nov 2011 02:04 AM PST

Mutakhir

KUALA TERENGGANU: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu sedang menyiapkan kerja menambak kawasan Pantai Tok Jembal di sini yang mengalami hakisan teruk sejak tahun lalu.

Pengarah JPS Terengganu, Mat Hussin Ghani, berkata kerja-kerja penambakan pantai sepanjang 450 meter itu membabitkan kos RM2.5 juta bermula sejak dua bulan lalu dan dijangka siap akhir bulan depan.

"Pantai dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud ke kawasan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sepanjang kira-kira 4.5 kiolometer yang kritikal mengalami hakisan sepanjang 1.5 kilometer. "Yang kita tambak hanya sepanjang 400 meter iaitu kawasan hakisan yang sangat kritikal melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan. Kita harap kerajaan negeri dapat sediakan sedikit peruntukan untuk menyambung kerja-kerja menambak di sepanjang 200 meter lagi," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Kawasan pantai Kampung Tok Jembal terjejas teruk akibat hakisan terutama pada musim tengkujuh setiap tahun.

Pantai itu terhakis beberapa meter ke daratan hingga merosakkan jalan, manakala pokok serta pondok rehat kini ditenggelami air laut.

Katanya, pihaknya bercadang untuk menambak keseluruhan pantai itu yang kritkikal sepanjang 1.5 kilometer melibatkan perbelanjaan RM7.5 juta.
Beliau berkata, JPS Terengganu juga melantik perunding bagi mengkaji hakisan pantai dari Chendering hingga pantai Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan kajian dijangka siap sepenuhnya tahun depan.

"Untuk pantai di sebelah lapangan terbang ini, kita sudah siap merangka pelan untuk sepuluh tahun akan datang," katanya. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Program transformasi mantera raih sokongan rakyat: Khairy

Posted: 28 Nov 2011 02:00 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO akan menggunakan program transformasi yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebagai mantera untuk meraih sokongan rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin, berkata program transformasi seperti politik yang menjurus kepada kebebasan sivil dan memperkasakan hak asasi, menepati citarasa generasi muda terutama yang tidak menganggotai parti politik atau "atas pagar".

Khairy yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) berkata, beliau akan mengupas program transformasi itu pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Rabu ini. "Saya akan memperhalusi signifikasi dan makna sebenar transformasi yang dibawa Perdana Menteri supaya lebih difahami bahawa ia adalah tuntutan zaman bagi generasi muda yang sebenarnya cukup dekat dengan aspirasi golongan tersebut," katanya pada sidang media khas sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011, di sini hari ini.

Khairy turut mengingatkan perwakilan Pemuda UMNO agar membahaskan perkara yang berkaitan dengan kepentingan generasi muda kerana butiran perbahasan turut dinilai masyarakat di luar.

"Jadi selain daripada sensitiviti kaum, apa yang dicakapkan itu mesti ada relevan dengan orang muda di luar dan jangan sampai mereka lihat apa yang dibahas oleh Pemuda langsung tidak relevan dengan citarasa, kehendak dan aspirasi mereka," katanya.

Mengenai pilihan raya umum, Khairy berkata kekuatan jentera Pemuda akan diperkukuhkan menerusi satu kursus yang menyeluruh di peringkat bahagian.
Dalam pada itu, Khairy berkata simbol perpaduan antara Pemuda UMNO dan rakan sayap dalam komponen BN dapat dilihat menerusi gerak kerja bersama, berbanding secara bersendirian sebelum ini. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan