Khamis, 24 November 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


10 lelaki termasuk 7 warga asing didakwa edar dadah

Posted: 24 Nov 2011 03:56 AM PST

ALOR SETAR: Sepuluh lelaki termasuk tujuh warganegara asing dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar dadah jenis Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) pada 11 November lalu.

Tertuduh ialah Jean Jupe, 43, dari Perancis, Robertus Cornelis Josephus, 50, (Netherlands), Anthony David Jeeves, 52, (Amsterdam), Robert William Blackwell, 46, (London), Jun Zhang, 37, (China), Giam Cheng Hong, 60, dan See Chee Kiong, 38, (Singapura), Lim Kiam Siong, 39, Ung Chii Ming, 29, dan Lim Khai Sian, 24, dari Alor Setar.

Mereka dituduh mengedar MDMA seberat 3,450 gram dalam satu tong plastik bertutup kira-kira pukul 5 pagi di sebuah premis di No. 55 Jalan Timur Dua Off Jalan Kg Batin Kawasan Perindustrian Mergong Barrage di sini.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(c) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 1986) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.


Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan dan semua tertuduh hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dalam Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris.


Hanya Ung dan Lim diwakili peguam masing-masing iaitu K.Dev dan Chong Seng Ming, manakala yang lain masih belum melantik peguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suzanne a/k Tiyon Bimen.

Majistret Nurshahida Abdul Ghani menetapkan 19 Januari tahun hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes dan laporan kimia. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Hujan dijangka berterusan esok di Terengganu, Pahang, Kelantan, Perlis, Kedah

Posted: 24 Nov 2011 01:46 AM PST

KUALA LUMPUR: Hujan sekejap-sekejap dan kadang kala lebat di Terengganu, Pahang dan Kelantan dijangka berterusan sehingga esok dan boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Hujan sedemikian di Terengganu dijangka berlaku di daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman sementara di Pahang di daerah Kuantan dan Pekan sementara di Kelantan di Tumpat, Pasir Mas, Kota Baharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.

Hujan sekejap-sekejap kadang kala sederhana pula turut diramal berlaku sehingga esok di Perlis iaitu di Padang Besar, Kangar dan Arau sementara di Kedah di Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang dan Langkawi.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 10.30 pagi tadi turut memaklumkan bahawa amaran hujan lebat (peringkat merah) di Terengganu dan Pahang yang dikeluarkan pada 5.35 petang semalam telah diturun taraf kepada amaran hujan lebat (peringkat jingga).


Ia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori kedua) dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North dan Layang-Layang akan berterusan sehingga Selasa depan.


Angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama) dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai 3.5 meter di perairan Pulau Langkawi, Perlis, utara Kedah, Pahang, Johor timur, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah (pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Phuket, Tioman, Bunguran, Reef South dan Palawan juga diramal berterusan hingga Selasa depan.

Menurutnya kawasan pantai di pantai timur Semenanjung kini terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan