Isnin, 28 November 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Anugerah dorong lebih aktif

Posted:

Anugerah dorong lebih aktif

Anugerah dorong lebih aktif

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 27 Nov. - Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Rashid Redza Md. Salleh dipilih penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah negeri Melaka bagi tahun 1433 Hijrah.

Rashid, 61, yang berasal dari Ayer Molek menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakub sempena sambutan Maal Hijrah peringkat negeri tahun ini di Masjid Al-Azim di sini, malam tadi.

Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Beliau membawa pulang wang tunai RM10,000, plak, sijil penghargaan dan hadiah iringan.

Ketika ditemui, Rashid Redza menyuarakan terharu dan bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana terpilih menerima anugerah tersebut.

"Ini bukannya kejayaan saya seorang, sebaliknya semua orang, khususnya individu-individu yang membimbing saya dalam menjalankan tugas.

"Mudah-mudahan anugerah ini akan menjadi dorongan kepada saya khususnya dan juga institusi agama supaya dapat memberikan sumbangan yang lebih aktif dalam membangunkan masyarakat dan agama Islam di Melaka," katanya.

Rashid mendapat pendidikan awal di Madrasah al-Lughah al-Arabiah, Tangkak, Johor dan melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Arab Maahad Johor sebelum melangkah ke Akademi Yayasan Anda, Kuala Lumpur.

Selepas itu, beliau menyambung pengajian dalam bidang pengajian Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir serta memperoleh Diploma Pendidikan.

Mula berkhidmat dengan sektor awam pada tahun 1982, bapa kepada lima orang anak ini turut memegang Diploma Lanjutan Undang-undang dan Pentadbiran Kehakiman dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Sementara itu, sembilan lagi penerima anugerah tokoh bagi kategori masing-masing ialah Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Alor Gajah, Datuk Prof. Madya Dr. Mizan Hitam sebagai Tokoh Perkhidmatan Awam, Zali Mat Yasin (Tokoh Belia), Azman Ali (Tokoh Warga Istimewa).

Jamaliah Kasim (Tokoh Ibu Mithali), Umar Raship (Tokoh Pegawai Syarak), Rahim Haron (Tokoh Pentadbir Masjid), Mohd. Dan Samah (Tokoh Penggerak Masyarakat), Sharif Ebok (Tokoh Keluarga Bahagia) dan Nor Afidah Doreen Abdullah (Tokoh Saudara Muslim).

Kesemua mereka menerima hadiah wang tunai RM1,500 berserta plak, sijil penghargaan dan hadiah iringan.

Full content generated by Get Full RSS.

Tolak puak cuba musnahkan perpaduan

Posted:

Tolak puak cuba musnahkan perpaduan

Tolak puak cuba musnahkan perpaduan


MOHAMAD Hasan (kanan) menyiram air kepada kanak-kanak pada Majlis Berkhatan Beramai-ramai Kanak-Kanak Penduduk Taman Senawang Jaya di Senawang, kelmarin.


SEREMBAN 27 Nov. - Golongan yang berkepentingan dan mempunyai agenda untuk memusnahkan perpaduan negara perlu ditolak bagi memastikan keharmonian masyarakat sentiasa terjamin.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, orang ramai tidak seharusnya termakan janji ditabur oleh segelintir pihak kerana ia merupakan racun yang membinasakan akar perpaduan yang telah dinikmati sejak sekian lama.

"Jangan percaya dengan cakap-cakap pihak tertentu yang mengatakan apa sahaja dibawa oleh kerajaan itu tidak betul.

"Saya yakin rakyat tidak mudah diperbodohkan dengan kenyataan yang tamak dahagakan kuasa," katanya ketika berucap pada Majlis Berkhatan Beramai-ramai Kanak-Kanak Penduduk Taman Senawang Jaya di Senawang dekat sini, semalam.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Chembong, Zaifulbahri Idris dan Setiausaha UMNO Bahagian Rembau, Datuk Azman Hasan.

Mohamad berkata, adalah penting bagi masyarakat menilai apakah peranan yang telah dimainkan oleh pembangkang dalam menyelesaikan masalah rakyat termasuklah di kawasan pembangkang.

"Jawapannya tidak ada. Mereka hanya pandai meraih populariti dengan mencari isu tanpa menyelesaikan masalah dan hanya menuduh kerajaan tidak berbuat apa-apa," katanya

Pada majlis berkenaan 19 kanak-kanak berusia bawah 12 tahun di tepung tawar dan disiramkan dengan air pili bomba yang dilakukan sendiri oleh Mohamad sebelum dikhatankan beramai-ramai.

Full content generated by Get Full RSS.

Pelbagai kemudahan disedia untuk rakyat

Posted:

Pelbagai kemudahan disedia untuk rakyat

Pelbagai kemudahan disedia untuk rakyat

SEREMBAN 27 Nov. - Pelan Strategik Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ISP) yang diperluaskan oleh kerajaan negeri bukan sahaja dapat membantu mempercepatkan proses urusan seharian malah ia juga dapat mengurangkan digital antara bandar dan luar bandar.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pelbagai inisiatif kerajaan negeri telah pun dijalankan, termasuklah memperkenalkan 1NS Wireless City di beberapa kawasan Seremban, Seremban 2, Nilai, Senawang, Rantau, Port Dickson dan Tampin.

Malah, kata beliau, usaha itu turut diteruskan di kawasan perkampungan luar bandar yang mana pihaknya menjalinkan kerjasama dengan kementerian berkaitan melalui penyediaan prasarana jalur lebar di kawasan perkampungan di negeri ini.

"Kita mahu supaya ledakan teknologi dalam penembusan jalur lebar di negeri ini dapat dinikmati bukan hanya di kawasam bandar sahaja malah ia juga dapat digunakan oleh penduduk -dikawasan luar bandar ketika ini.

"Malah konsep ini juga akan juga diguna pakai dalam sistem kerajaan supaya ia dapat diintergrasikan bagi memudahkan orang ramai untuk berurusan dengan pihak kerajaan mahupun pihak berkuasa tempatan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian NSICT 2011 di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, dekat sini hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mat Ali Hassan; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Razak Mansor serta ahli-ahli Exco kerajaan negeri; ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan para pegawai kanan kerajaan negeri.

Mohamad menjelaskan, kemudahan ICT ketika ini bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada orang ramai supaya mempelajari bidang teknologi (IT) malah ia juga dapat memberi peluang kepada generasi muda turut sama menggunakannya bagi tujuan pembelajaran dan sebagainya.

Pada masa sama, beliau juga melahirkan rasa sukacita dengan kadar penembusan jalur lebar di negeri ini telah mencapai 75 peratus, manakala tahap capaian rangkaian selular pada tahap 98 peratus.

"Pencapaian itu selari dengan hasrat dan dasar kerajaan untuk menjadikan Negeri Sembilan sebuah negeri berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjelang 2020.

"Bagaimanapun masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki dan kita berharap supaya pihak syarikat penyedia telekomunikasi dapat mengatasi masalah berkenaan supaya tidak ada gangguan untuk pengguna untuk berhubung sesama mereka," jelas Mohamad.

Menyentuh mengenai karnival yang diadakan selama tiga hari bermula semalam hingga Ahad ini, Mohamad berkata, pihaknya mahu menjadikan ia sebagai program tahunan dapam usaha kerajaan meningkatkan kadar celik IT masyarakat di negeri ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan