Selasa, 29 November 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Kerajaan bantu cari lokasi

Posted:

Kerajaan bantu cari lokasi

Kerajaan bantu cari lokasi

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my


Raja Nong Chik sambil disaksikan oleh Moehamad Izat Emir (dua dari kiri) dan Sohaimi Shahadan (tiga dari kiri) menekan butang sebagai tanda perasmian Program Jelajah Francais 1Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, kelmarin.


KUALA LUMPUR 29 Nov. - Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar bersedia membantu mengenal pasti lokasi strategik untuk pengusaha francais tempatan membuka cawangan baru di Wilayah Persekutuan.

Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pengusaha francais terbabit boleh berbincang dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mendapatkan lokasi yang sesuai dengan kehendak perniagaan mereka.

Menurutnya, DBKL mungkin tidak memahami kehendak perniagaan itu dan pengusaha francais boleh memberikan nasihat dan saranan supaya pihak berkuasa tempatan itu boleh membantu supaya produk pengusaha itu dapat dipasarkan dengan lebih berkesan.

"Perbincangan dengan pengusaha amat penting supaya lokasi yang dipilih menetapi kehendak pengusaha dan tidak timbul isu tidak mendapat sambutan.

"Sebagai contoh, Keramat Mall yang sudah lama siap tetapi sehingga kini masih tidak mendapat sambutan peniaga kerana lokasinya dikatakan tidak mengikut kehendak peniaga," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Jelajah Francais 1Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan di sini semalam.

Turut hadir, Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Moehamad Izat Emir dan Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO (BePU), Datuk Sohaimi Shahadan.

Wilayah Persekutuan merupakan lokasi terakhir selepas Pulau Pinang, Selangor dan Johor bagi program jelajah anjuran BePU itu.

Terdahulu, dalam ucapannya, Raja Nong Chik berkata, sehingga September lalu, sebanyak 373 syarikat tempatan didaftarkan sebagai francaisor dan 155 francaisi didaftarkan kepada francaisor antarabangsa.

Menurutnya, sebanyak 32 syarikat francais tempatan berjaya mengembangkan rangkaian perniagaan masing-masing ke 53 buah negara seperti China, India dan Indonesia.

Full content generated by Get Full RSS.

Pengguna masih keliru tiket baru LRT

Posted:

Pengguna masih keliru tiket baru LRT

Pengguna masih keliru tiket baru LRT


MASIH ramai penumpang LRT yang keliru dengan sistem tiket dan cara penggunaan mesin tiket yang diperkenalkan oleh Prasarana.


KUALA LUMPUR 29 Nov. - Ramai pengguna transit aliran ringan (LRT) dilihat masih keliru dengan sistem tiket integrasi, pas MyRapid dan token, yang mula digunakan sepenuhnya mulai semalam.

Tinjauan Utusan Malaysia di stesen Masjid Jamek di sini hari ini mendapati, ramai pengguna yang terpinga-pinga untuk menggunakan tiket bersepadu itu termasuk di kalangan mereka yang menggunakan perkhidmatan tren itu setiap hari.

Namun, mereka mengakui apabila sudah biasa kelak, sistem tiket mampu mempercepatkan pergerakan penumpang dan menjadikan perjalanan lebih mudah dan pantas.

Dalam pada itu, tinjauan juga mendapati pengguna masih menghadapi kesukaran untuk membeli tiket dari mesin tiket kerana beberapa mesin tidak berfungsi dengan baik.

Seorang pekerja swasta, Halimatun Amirah Ngah, 30, berkata, dia memang keliru ketika pertama kali menggunakan sistem tiket baru yang diperkenalkan oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) itu.

"Sistem ini nampaknya lebih mudah tetapi terdapat masalah untuk membeli token kerana mesin tidak berfungsi dengan betul," katanya ketika ditemui di sini.

Seorang lagi pekerja swasta, Siti Amirah Mohd. Omar, 22, berkata, dia menghadapi masalah untuk membeli pas MyRapid kerana mesin tersebut tidak menerima wang RM10.

"Jadi, saya terpaksa meminjam wang RM1 daripada kawan untuk membeli pas tersebut," katanya.

Khairul Anuar Mohd.Amir, 45, pula berkata, penggunaan sistem tiket sehala menggunakan token ternyata lebih memudahkan pengguna.

"Cuma ramai pengguna yang masih keliru dan tidak tahu untuk menggunakan sistem tersebut.

"Pihak Prasarana perlu memberikan maklumat dan cara yang betul untuk menggunakan sistem baru ini," katanya.

Semalam, Prasarana mengumumkan integrasi penuh sistem tiket pengangkutan awam dengan fasa pertama melibatkan perkhidmatan LRT manakala fasa kedua yang melibatkan RapidKL Monorail pada Mac tahun depan dan sistem bas RapidKL pada suku kedua tahun depan.

Full content generated by Get Full RSS.

Suspek kes curi kereta diberkas

Posted:

Suspek kes curi kereta diberkas

Suspek kes curi kereta diberkas

KUALA LUMPUR 29 Nov. - Seorang lelaki yang dikehendaki polis diberkas bersama sepucuk pistol yang dipercayai digunakan dalam jenayah samun di Taman Miharja, Cheras di sini, semalam.

Suspek berusia 44 tahun itu dan terlibat dalam banyak kes samun kereta ditahan hasil risikan Cawangan Risikan Jenayah (D4), Polis Kontinjen Kuala Lumpur sejak sebulan lalu.

Menurut sumber, suspek ditahan pada pukul 10.05 malam ketika berada dalam sebuah kereta jenis Honda Civic.

"Ketika diperiksa, polis menemui sepucuk pistol automatik jenis 9mm buatan Republik Czech bersama satu kelopak berisi 10 butir peluru hidup dalam tempat simpanan barang kereta tersebut.

"Pistol itu dipercayai digunakan suspek dan kumpulannya untuk mengugut mangsa seterusnya menyamun kenderaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Sumber itu memberitahu, siasatan turut mendapati, kereta yang dinaiki suspek merupakan kenderaan curi menggunakan nombor pendaftaran palsu selain nombor casisnya juga telah dikikis.

Katanya, polis turut menemui sebuah kereta jenis Toyota Camry setelah suspek membawa polis ke sebuah kondominium.

"Kenderaan itu disamun dari seorang doktor di Damansara pada 13 November lalu dan ketika kejadian, mangsa sedang mengisi angin tayar keretanya," jelasnya.

Mengulas lanjut, suspek bersama kumpulannya juga dikatakan menggunakan taktik langgar dari belakang sebelum menyamun.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki itu dan memberitahu, suspek ditahan reman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan