Harian Metro: Mutakhir |
5 rang undang-undang diluluskan hari ini Posted: 29 Nov 2011 05:01 AM PST KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan lima rang undang-undang termasuk Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011. Empat rang undang-undang lain yang diluluskan ialah Rang Undang-undang Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 2011, Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2011, Rang Undang-undang Pencen (Pindaan) 2011 dan Rang Undang-undang Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2011.
Kesemua empat Rang Undang-undang itu dibentangkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong. Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 dibacakan kali kedua oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 November lalu. Bacaan kali pertama dibuat pada 22 November oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok. -Bernama Full content generated by Get Full RSS. |
BMW pemilik kebun sayur dirompak Posted: 29 Nov 2011 02:52 AM PST KUALA LUMPUR,: Seorang pemilik kebun sayur di Batang Kali kerugian RM250,000 apabila kereta jenis BMW 5 Series miliknya dilarikan dua lelaki di Batang Kali dekat sini malam tadi. Ketua Polis Hulu Selangor Supt Norel Azmi Yahya Afendy berkata kejadian berlaku pada 7.15 malam itu di satu tempat letak kereta yang gelap apabila mangsa yang berumur 67 tahun, didatangi dua lelaki yang menghunuskan parang dan meminta kunci kereta daripadanya.
Katanya mangsa yang ketakutan terus menyerahkan kunci kereta itu sebelum suspek melarikan kereta berkenaan ke arah Tanjung Malim. "Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," kata Norel Azmi. - Bernama Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan