Ahad, 27 November 2011

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Fina kini trauma dengan lelaki

Posted:

Fina kini trauma dengan lelaki

Fina kini trauma dengan lelaki

Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my

FINA menunjukkan kesan kecederaan pada lengannya akibat diikat dengan wayar seterika.


KOTA BHARU – Seorang gadis yang hampir menjadi mangsa ke-20 perogol bersiri tidak menyangka penjenayah terbabit sudah menunggu untuk merogolnya ketika dia keluar dari bilik air dalam keadaan berkemban dengan kain batik di sebuah asrama pekerja di sini kelmarin.

Gadis berusia 20-an itu yang dikenali sebagai Fina menegaskan, dia berasa sangat terkejut kerana sebaik sahaja terserempak, penjenayah terbabit terus mengacu pisau di leher sambil mengikat tangannya dengan wayar seterika.

Lebih mencemaskan, gadis yang berasal dari Tumpat itu berkata, lelaki itu terus menarik dia ke arah biliknya yang terletak paling hujung di asrama berkenaan sambil berkata: "Diam-diam saya cuma nak cari budak nama Yati.''

Keadaan asrama pekerja tempat dia tinggal ketika itu sangat sunyi kerana penghuni lain sudah pergi bekerja manakala jarak tandas dari biliknya kira-kira 30 meter.

"Selepas sampai ke bilik, dia suruh saya duduk atas tilam dan ikat tangan saya lebih kuat.

"Saya meronta dan bergelut dengannya sampai terbaring sehingga terlucut separuh kain batik,'' katanya kepada Kosmo! ketika menceritakan semula kejadian yang menimpanya kelmarin.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Penghuni Sekolah Harapan lahir bayi

Posted:

Penghuni Sekolah Harapan lahir bayi

Penghuni Sekolah Harapan lahir bayi


NORPIPAH Abdol (empat dari kiri) meraikan bayi yang baru dilahirkan di Hospital Melaka semalam.


MELAKA – Beberapa buah hospital kerajaan dan swasta di sini melahirkan seramai 24 bayi ketika sambutan tahun baru Maal Hijrah 1433 semalam termasuk seorang daripadanya adalah bayi lelaki yang dilahirkan oleh penghuni Sekolah Harapan di sini.

Bayi seberat 2.3 kilogram itu dilahirkan oleh seorang remaja perempuan berusia 18 tahun pada pukul 10.09 malam menerusi kaedah vakum.

Pengerusi Sekolah Harapan, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim berkata, pihaknya bersyukur remaja itu selamat melahirkan anak walaupun mengalami kesukaran melahirkan bayinya.

"Saya amat berharap remaja ini dapat melihat kelahiran bayinya pada sambutan Maal Hijrah tahun ini sebagai satu anugerah yang amat bernilai dan dijadikan pegangan hidup untuk menjalani kehidupan lebih baik," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

JKM lunas bayaran 15 ibu tunggal

Posted:

JKM lunas bayaran 15 ibu tunggal

JKM lunas bayaran 15 ibu tunggal

Oleh SHAH NIZAM OMAR
Shahnizam.omar@kosmo.com.my

SHAH ALAM – Seramai 15 ibu tunggal dari Taman Gombak Permai, Gombak dekat sini boleh menarik nafas lega apabila Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor berjanji akan membayar balik baki wang bantuan kepada mereka dalam masa terdekat.

Pengarahnya, Nik Omar Abd. Rahman berkata, kekurangan kadar bayaran kepada penerima bantuan terbabit sejak Oktober lalu disebabkan masalah teknikal.

Menurutnya, kesemua ibu tunggal tersebut sepatutnya diberikan bantuan sebanyak RM110 namun mereka hanya menerima bantuan RM30.

"Akhir bulan ini atau awal bulan depan, mereka akan mendapat balik baki bantuan tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan