Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 31 Oct 2011 10:36 AM PDT SANDAKAN: Seorang wanita kini bertarung dengan maut akibat ditetak di kepala manakala perutnya ditikam menggunakan parang jenis 'barung' oleh suaminya yang mengamuk kerana sering dituduh mengamalkan ilmu hitam. Mangsa, Amah Mohd Ali, 36, dan kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Mangkalinau di sini, pada jam 7.30 malam kelmarin. Sebelum kejadian, Amah bertengkar dengan suaminya yang berusia 30 tahun kerana lelaki itu mengamalkan ilmu hitam dan menuntut ajaran sesat dengan seorang 'tok guru' sejak beberapa bulan lalu. Suaminya yang tidak puas hati dengan tohmahan itu meninggalkan rumah sebelum kembali semula beberapa jam kemudian sambil membawa parang dan nekad menyerang isterinya yang menonton televisyen bersama tiga anak dan bapa mentua.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 31 Oct 2011 10:27 AM PDT KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, semalam memerintah pelakon Nadia Mustafa membayar ganti rugi RM50,000 kepada seorang lagi pelakon, Lisdawati berhubung saman fitnah terhadap penyiaran artikel di Majalah Media Hiburan, enam tahun lalu. Hakim Yong Zarida Sazali membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan saman fitnah difailkan Lisdawati terhadap Nadia tahun lalu. Beliau turut memerintahkan Nadia atau nama sebenarnya Siti Naziyah Sheikh Mustafa, 35, membayar kadar faedah empat peratus bermula dari tarikh penghakiman iaitu semalam hingga tarikh penyelesaian kes serta membayar kos mengikut skala. "Selepas meneliti hujahan dan keterangan pihak-pihak, mahkamah membenarkan tuntutan plaintif," katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan