Khamis, 3 November 2011

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


Bayar kompaun atau cermin sisi dikunci

Posted: 02 Nov 2011 08:34 AM PDT

Wilayah

ANGGOTA penguat kuasa MBI memasang kunci kompaun pada cermin sisi kenderaan yang mempunyai tunggakan saman.

ANGGOTA penguat kuasa MBI memasang kunci kompaun pada cermin sisi kenderaan yang mempunyai tunggakan saman.

IPOH: Bermula kelmarin, kira-kira 600 pemilik kenderaan yang ingkar melunaskan saman tertunggak membabitkan kesalahan lalu lintas melebihi 50 kompaun di bandar raya ini berdepan dengan tindakan cermin sisi kenderaan mereka dikunci.

Penolong Pengarah Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Ahmad Zaiyadi Sudin, berkata penguat kuasa MBI kini sedang berusaha mengesan pemilik kenderaan itu dan kunci berkenaan hanya boleh dibuka di pejabat penguat kuasa di sini, selepas membayar denda RM50.

"Menerusi penguatkuasaan itu, pemilik kenderaan terbabit perlu melunaskan bayaran saman tertunggak mereka tetapi masih berpeluang untuk membuat rayuan. "Bagaimanapun, kita memberi amaran kepada pemilik kenderaan yang dikunci supaya tidak merosakkan alat ini kerana mereka boleh didenda RM1,000 selain didakwa mengikut Undang-Undang Kecil Vandalisme (MBI) 1992," katanya selepas operasi mengunci beberapa kenderaan sekitar bandar raya ini, kelmarin.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mengenakan tindakan susulan iaitu mengapit tayar kenderaan pemilik jika kunci (untuk cermin sisi) tidak dipulangkan kepada Pejabat Penguat Kuasa MBI di Jalan Bandar di sini, dalam tempoh 30 hari dari tarikh dikunci.

Mengikut rekod MBI, ada pemilik kenderaan yang mempunyai lebih 400 saman lalu lintas yang nilai kompaunnya mencecah RM10,000.

"Ada juga pemilik yang mempunyai antara 200 hingga 300 saman tertunggak dan diharapkan mereka tampil menjelaskan bayaran kompaun bagi mengelak dikenakan hukuman itu," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Balak cemar air penduduk

Posted: 02 Nov 2011 08:33 AM PDT

Wilayah

BADROLHISHAM (barisan depan enam dari kanan) bersama penduduk di Kampung Sungai Siput melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan negeri apabila kerja pembalakan   menjejaskan bekalan air di beberapa kampung  sekitar kawasan itu.

BADROLHISHAM (barisan depan enam dari kanan) bersama penduduk di Kampung Sungai Siput melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan negeri apabila kerja pembalakan menjejaskan bekalan air di beberapa kampung sekitar kawasan itu.

Sikap kerajaan Kedah lulus pembalakan di Hutan Simpan Bukit Perak dikecam

PADANG TERAP: Sikap kerajaan negeri yang terlalu bergantung kepada hasil balak sebagai pendapatan negeri sehingga sanggup membenarkan aktiviti pembalakan di kawasan Hutan Simpanan Kekal Bukit Perak di sini dikhuatiri akan menjejaskan bekalan air kepada kira-kira 3,000 penduduk sekitar.

Mereka yang tinggal di Kampung Rasau, Kampung Padang Durian, Kampung Sungai Mas, Kampung Sungai Pisang, Kampung Sungai Siput di daerah ini serta Kampung Titi Akar dan Kampung Mahawangsa di Pendang bimbang kegiatan pembalakan akan mencemar bekalan air bersih mereka. Ia berikutan hutan simpanan kekal itu menempatkan tiga kolam air iaitu dua tadahan di Kampung Mahawangsa dan satu di Kampung Sungai Mas yang disediakan Jabatan Kesihatan sejak hampir 30 tahun lalu.

Selain disalur terus ke rumah penduduk, air dari kolam masyarakat itu juga digunakan untuk sekolah, masjid dan surau di kawasan terbabit.

Maklumat pada papan tanda di laluan masuk ke kawasan pembalakan berkenaan menunjukkan konsesi balak itu membabitkan hutan seluas 150 hektar.

Ketua Pemuda UMNO Kedah, Badrolhisham Hashim, berkata walaupun aktiviti pembalakan di Hutan Simpanan Kekal Bukit Perak belum mendatangkan kesan ketara terhadap kualiti air yang disalurkan kepada penduduk, mereka bimbang kegiatan itu jika tidak dikawal akan mencemarkan bekalan air bersih untuk mereka.
Katanya, mereka difahamkan laluan masuk lori dan jentera pembalakan di kawasan itu sudah dibina yang mana ia membabitkan penebangan pokok dan pembersihan tanah yang boleh menyumbang kepada pencemaran sumber air.

"Kita kesal kerana kerajaan negeri meluluskan aktiviti pembalakan di kawasan tadahan air untuk penduduk. Jika aktiviti pembalakan itu tidak terkawal, ia akan memberi kesan negatif kepada bekalan air bersih penduduk, malah mungkin menyebabkan kolam tadahan kering.

"Penduduk kawasan ini tidak bergantung kepada bekalan air paip Syarikat Air Darul Aman (SADA) kerana ia sering terputus," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Badrolhisham berkata, kerajaan negeri mungkin terlalu bergantung kepada royalti balak sebagai sumber hasil negeri, menyebabkan ia terpaksa meluluskan konsesi walaupun di kawasan tadahan air.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan