Berita Harian: Nasional |
| Syor kerajaan sementara selepas bubar Parlimen Posted: 02 Nov 2011 08:41 AM PDT Nasional Kamalanathan bentang cadangan tambah baik pilihan rayaKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan mencadangkan supaya sebuah kerajaan sementara yang berkecuali ditubuhkan sebaik saja Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum. Cadangan itu adalah sebahagian daripada beberapa penambahbaikan yang beliau bentangkan pada mesyuarat kedua Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya di sini, semalam. Kerajaan, katanya harus menjadikan pelantikan seseorang atau kumpulan itu sebagai berkecuali.Cadangan itu berserta beberapa syor lain dimuatkan dalam laman web beliau, http://www.pkamalanathan.com/blog. Kamalanathan juga mencadangkan penggunaan dakwat kekal, menambah baik sistem undian pos, memanjangkan tempoh berkempen dan menyediakan semua parti politik dengan akses kepada media. Beliau berkata, ada keperluan bagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk meningkatkan kesedaran mengenai perbezaan undi di luar negara, undi awal dan undi pos.
Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 15 Ogos lalu, yang berkata ia bertujuan untuk mendapatkan kata sepakat dalam berdepan pilihan raya umum akan datang tanpa sebarang syak wasangka wujudnya manipulasi oleh kerajaan. – BERNAMA |
| Subsidi ubat dicetak dalam bil Posted: 02 Nov 2011 08:40 AM PDT Nasional Tingkat pemahaman pesakit berhubung kos rawatan ditanggung kerajaanKUALA LUMPUR: Mulai tahun depan, orang ramai yang mendapatkan rawatan kesihatan dan perubatan di hospital kerajaan akan menerima bil yang memperincikan jumlah subsidi ditanggung kerajaan berbanding kos dibayar rakyat. Sehingga kini, pembiayaan kerajaan untuk meringankan beban rakyat bagi aspek kesihatan mencecah sehingga 98 peratus daripada keseluruhan peruntukan untuk dua tahun sejak 2010. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (BN-Bentong), berkata langkah itu bagi membolehkan pesakit lebih memahami keseluruhan kos dan subsidi yang dibiayai kerajaan untuk sektor kesihatan."Bil lengkap itu akan membolehkan pesakit tahu harga sebenar yang dibiayai kerajaan untuk mereka dan memudahkan orang ramai memahami subsidi yang ditanggung kerajaan untuk manfaat rakyat," katanya semalam. Beliau menjawab soalan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) yang mahu Menteri Kesihatan menyatakan jumlah subsidi yang ditanggung kementerian dalam memberi rawatan serta ubat secara percuma kepada rakyat bagi 2010 dan anggaran 2011. Liow berkata, sepanjang tahun lalu, kerajaan memperuntukkan RM14.76 bilion bagi penjagaan kesihatan dan rawatan perubatan rakyat, berbanding kutipan yang diperoleh hanya RM311.2 juta.
"Begitu juga bagi tahun ini apabila sehingga September lalu, kerajaan menanggung RM12.44 bilion dengan kutipan RM238.5 juta sekali gus menjadikan pembiayaan kerajaan sebanyak RM12.2 bilion yang juga 98 peratus daripada peruntukan yang disediakan," katanya. Liow berkata, peruntukan itu membabitkan perbelanjaan Kementerian Kesihatan kepada penduduk negara ini termasuk subsidi rawatan ubat kepada pesakit, Institut Jantung Negara (IJN), pusat hemodialisis dan membiayai pesakit kurang mampu menerusi Tabung Bantuan Perubatan. Menjawab soalan tambahan Mohamed supaya dipermudahkan proses mendapatkan bantuan untuk menjalani rawatan di IJN, beliau berkata permohonan boleh dikemukakan kepada Tabung Bantuan Perubatan. "Tahun lalu, RM57 juta dibiayai untuk bantuan rawatan IJN, manakala sehingga September lalu pula mencecah RM58 juta," katanya. Mengenai subsidi rawatan di pusat hemodialisis pula, kerajaan membiaya RM24.15 juta kepada 3,346 pesakit, manakala sehingga tahun ini pula, sebanyak RM33 juta dibelanjakan kepada 3,500 pesakit. Selain itu, perkembangan perubatan juga membantu meningkatkan tahap kesihatan apabila kadar kematian ibu mengandung dikurangkan kepada hanya 27 daripada 100,000, berbanding 350 ketika negara mencapai kemerdekaan pada 1957, manakala kematian bayi juga menurun kepada hanya enam daripada 1,000 kelahiran. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan