Isnin, 1 Ogos 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Sindiket dagang manusia untung RM5 bilion

Posted:

Sindiket dagang manusia untung RM5 bilion

Sindiket dagang manusia untung RM5 bilion

KLUANG 31 Julai – Sindiket pemerdagangan manusia di negara ini mengaut keuntungan besar dengan mencatatkan nilai perniagaan melebihi RM5 bilion, khususnya yang melibatkan warga Bangladesh.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mendedahkan perkara itu berkata, pihaknya dimaklumkan ada sindiket 'menjual' pekerja warga Bangladesh pada harga RM10,000 seorang.

"Menurut Pesuruhjaya Bangladesh yang berada di Malaysia sekarang, (sama ada pendatang secara) sah dan tidak sah, mencatatkan bilangan seramai 500,000 orang. Kalau betul, jumlahnya besar dan (nilai) duitnya juga besar iaitu melebihi RM5 bilion," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 50 masjid dan surau di Masjid Kampung Melayu Niyor, Paloh dekat sini hari ini.

Hishammuddin berkata, aktiviti pemerdagangan manusia adalah fenomena antarabangsa dan kerajaan berusaha keras bagi membanteras jenayah tersebut termasuk menerusi perjanjian dengan kerajaan Australia, baru-baru ini.

Mengenai keputusan melanjutkan pelaksanaan sistem biometrik, beliau yang juga Ahli Parlimen Sembrong menegaskan, langkah tersebut bukan bermakna kerajaan tunduk kepada desakan majikan.

Katanya, sebaliknya kerajaan mahu mendapatkan keputusan terbaik dalam melaksanakan sistem itu.

"Bukan tempoh jadi pertimbangan, yang penting adalah penyelesaian kerana saya dah kata kita buat biometrik kerana dunia globalisasi membawa ancaman sangat dahsyat termasuk keganasan, penyeludupan senjata dan dadah.

"Bukan sama ada kita tunduk (kepada majikan) atau tidak, nak tunjuk kuasa ke apa. Yang penting kita nak tengok hasil bersandarkan faedah dan masa yang munasabah," katanya.

Hishammuddin berkata, selepas ini majikan tidak boleh memberi alasan untuk tidak mendaftarkan pekerja asing ekoran pelanjutan tempoh itu dan beliau menasihati mereka berbuat demikian secepat mungkin tanpa menunggu sehingga hari terakhir.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Sistem demokrasi tetap ada

Posted:

Sistem demokrasi tetap ada

Sistem demokrasi tetap ada

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL dan SITI MAISARAH SHEIKH ABDUL RAHIM
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak beramah mesra dengan para pemimpin pelajar ketika hadir pada majlis penutup Persidangan Tahunan Pimpinan Mahasiswa Malaysia
2011 di Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 31 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan sentiasa percaya dan berpegang kepada sistem demokrasi berparlimen dalam memastikan pemerintahan negara benar-benar dibuat oleh rakyat menerusi pilihan raya.

Kata Perdana Menteri, tidak ada sesiapa pun yang boleh menafikan bahawa sistem demokrasi berparlimen itu tetap wujud di negara ini meskipun ia sering dibandingkan dengan negara-negara lain seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat (AS).

''Rakyat boleh memilih untuk tidak memihak kepada kerajaan pada pilihan raya walaupun saya berharap itu tidak berlaku.

''Tetapi ia boleh berlaku kerana adanya demokrasi berparlimen yang sangat subur di negara ini," katanya ketika berucap pada Persidangan Tahunan Pimpinan Mahasiswa Malaysia 2011 di sini hari ini.

Najib menambah, sebuah pilihan raya yang adil dan telus di negara ini juga tidak wajar dipertikaikan kerana sekiranya sistem demokrasi itu boleh dimanipulasi, maka adalah mustahil untuk pembangkang memenangi pilihan raya-pilihan raya tertentu.

Malah, beliau turut memberi contoh bagaimana kerajaan Pas berjaya mengekalkan pemerintahan di Kelantan pada pilihan raya 2004 dengan kelebihan satu kerusi yang beza majoritinya hanya dua undi.

''Jika benar kerajaan boleh memanipulasi undi, maka adalah mustahil untuk kita melepaskan Kelantan dengan kemenangan dua undi di kerusi (Pulau Chondong) itu," katanya.

Najib turut menegaskan bahawa, tidak ada cara untuk undi itu dimanipulasi kerana wakil pembangkang dan kerajaan turut berada di tempat pembuangan dan pengiraan undi sebagai pemerhati.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

PM mahu kawasan pelancongan diperluas

Posted:

PM mahu kawasan pelancongan diperluas

PM mahu kawasan pelancongan diperluas

PEKAN 31 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu kawasan pelancongan diperluaskan ke kawasan lain yang berpotensi dimajukan dan bukan tertumpu di sesuatu tempat yang popular semata-mata.

Perdana Menteri menegaskan, ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk terus membangunkan bidang pelancongan di negara ini.

"Bidang pelancongan tidak seharusnya tertumpu di sesuatu kawasan sebaliknya perlu diperluaskan kepada kawasan lain. Kawasan lain yang bukan destinasi pelancongan boleh juga dibangunkan untuk industri pelancongan seperti di daerah ini yang merupakan kawasan bersejarah di Pahang.

"Kita perlu melihat tempat lain yang belum lagi kita eksploitasi sepenuhnya potensi kawasan tersebut untuk bidang pelancongan," katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah pembangunan resort empat bintang di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi UDA Holdings Berhad (UDA), Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Menurut Najib, bidang pelancongan merupakan indusri yang dikenal pasti berpotensi besar untuk meningkatkan pendapatan negara.

Dalam pada itu, beliau berkata, pembinaan resort oleh UDA bernilai RM80 juta di tapak seluas 223,431 kaki persegi itu dianggap strategik berikutan kedudukannya di pintu masuk bandar ini di tepi Sungai Pahang.

Katanya, pembinaan resort itu sebagai pelengkap kepada pembangunan pelancongan daerah ini yang mempunyai pelbagai tarikan termasuk Muzium Diraja Pekan, Memorial Tun Razak dan Pekan Riverfront selain hub industri.

Beliau berkata, kemudahan resort itu akan membolehkan Pekan menjadi tempat tumpuan pelancong pada masa akan datang.

"Pembangunan resort yang mempunyai 133 bilik itu akan melonjakkan bandar yang selama ini dikenali sebagai Bandar Diraja, dalam bidang industri pelancongan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan