Isnin, 1 Ogos 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Loji konkrit dekat rumah

Posted:

Loji konkrit dekat rumah

Loji konkrit dekat rumah

Oleh SITI AISHAH YUSOFF
kota@utusan.com.my


PENDUDUK membuat bantahan di hadapan sebuah kawasan loji konkrit di Petaling Jaya, kelmarin dan meminta lesen operasinya ditarik balik oleh MBPJ. - UTUSAN/Mohd. Azim Abd. Rahman


KUALA LUMPUR 1 Ogos - Penduduk-penduduk Seksyen 51/A Petaling Jaya memohon agar pihak berkuasa menarik balik lesen operasi loji konkrit yang dibina berdekatan dengan kawasan perumahan mereka.

Kehadiran loji konkrit itu, yang telah beroperasi selama empat tahun di kawasan berdekatan perumahan berkenaan, didakwa menyebabkan penduduk terdedah kepada penyakit disebabkan habuk atau debu yang terhasil.

Pegawai Penyelaras Kampung Tunku, Petaling Jaya, Kelvin Chong Seng berkata, sebelum ini kilang tersebut telah berhenti daripada menjalankan operasi di kawasan itu pada tahun 2007.

"Namun, kilang itu kembali memulakan operasi pada tahun 2008 sehinggalah pada hari ini," katanya.

Kelvin berkata, penduduk di sini menghadapi gangguan pencemaran terutamanya oleh debu daripada bahan kimia yang dihasilkan dari kawasan kilang tersebut.

"Selain itu, jalan di kawasan itu juga rosak teruk berikutan terdapat banyak lori yang melalui kawasan itu," katanya.

Tambah beliau, walaupun aduan pernah dibuat kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), namun tiada sebarang tindakan diambil untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Seorang penduduk, Tambi Chik Hassan, 50 berkata, penduduk di sekitar kawasan sekitar loji itu sudah lama terpaksa bersabar dengan gangguan itu.

"Kami di sini berhadapan dengan risiko menghidap penyakit kulit kerana terdedah dengan kesan bahan kimia tersebut.

"Beberapa orang penduduk di kawasan ini mendapat penyakit gatal-gatal kulit, pada muka dan badan," katanya.

Selain itu, katanya, lori muatan berat yang lalu-lalang ke tapak projek bukan saja menyebabkan kesesakan lalu lintas, malah mengancam keselamatan penduduk.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pemandu letak kereta sesuka hati

Posted:

Pemandu letak kereta sesuka hati

Pemandu letak kereta sesuka hati


Pengguna meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan masuk ke Stesen Komuter Sungai Buloh walaupun tempat meletak kereta telah disediakan oleh pihak Keretapi Tanah Melayu.


SUNGAI BULOH 1 Ogos - Bukannya tidak ada tempat letak kereta khas, namun tepi jalan juga yang menjadi pilihan segelintir pemandu meletakkan kereta sehingga menganggu orang lain.

Perkara ini juga sudah beberapa kali dilaporkan akhbar, namun keadaan yang berlaku di jalan berhampiran Stesen Komuter Sungai Buloh ini terus berlaku, mungkin kerana mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Tinjuan Utusan Malaysia baru-baru ini ke stesen komuter itu mendapati, terdapat beberapa kereta diletakkan dengan sesuka hati di tepi jalan.

Seorang suri rumah, Zaina Abdul Aziz, 41, yang ditemui di situ berkata, tindakan meletak kenderaan di tepi jalan itu adalah tidak bertanggungjawab dan membahayakan pemandu lain.

Katanya, jalan tersebut kecil dan dia terpaksa terlalu berhati-hati apabila memandu di situ kerana risau terlanggar kereta lain akibat kehadiran kereta yang diletakkan di tepi jalan itu.

"Tidak apa kalau terpaksa bayar sedikit wang untuk meletak kereta di dalam kawasan letak kereta stesen komuter. Janji kereta kita selamat.

"Kalau letak kereta di tepi jalan bukan sahaja menyusahkan pemandu lain, malah kereta juga mungkin calar dilanggar atau digesel kenderaan lain," katanya.

Sementara itu, seorang pelajar, Nur Zulaika Md. Zaid, 19, berkata, pemandu sepatutnya meletakkan kereta di tempat meletak kereta yang disediakan.

"Masing-masing haruslah sedar dan memainkan peranan mereka sebagai pengguna jalan raya supaya tidak menyusahkan pemandu yang lain.

"Tindakan meletakkan kereta di tepi jalan bukan sahaja menganggu lalu lintas dan membuat jalan sesak, malah membahayakan jika kenderaan laju dan tidak sempat brek," ujarnya.

Dalam pada itu, pekerja kilang, K. Subramaniam, 50, berkata, mereka yang meletakkan kenderaan di tepi itu kerana mahu mengelakkan daripada membayar duit meletak kereta.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiket bas ke Pantai Timur habis

Posted:

Tiket bas ke Pantai Timur habis

Tiket bas ke Pantai Timur habis

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my


Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan lengang kerana tiket bas ke Selatan untuk hari raya masih belum dijual.


KUALA LUMPUR 1 Ogos - Walaupun Ramadan baru bermula, namun kehangatan Syawal yang dinanti-nantikan masyarakat Islam negara ini sudah pun terasa terutamanya kepada warga kota yang mengambil peluang ini untuk bercuti di kampung.

Oleh yang demikian, tidak hairanlah ramai para perantau yang berlumba-lumba untuk membeli tiket pulang ke desa dengan lebih awal untuk mendapatkan tarikh yang diingini dan mengelakkan tiket habis.

Tinjauan Utusan Malaysia ke beberapa hentian bas di sekitar ibu kota di sini hari ini mendapati ada syarikat bas yang sudah menjual habis tiket sempena Aidil Fitri.

Kerani kaunter bas Mahligai Express di Hentian Putra, Siti Juliana Ariffin, 21, berkata, tiket untuk ke Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu sudah habis dijual bagi tarikh 25 hingga 28 Ogos.

Katanya, sudah hampir sebulan tiket bas sempena hari raya ke destinasi tersebut dijual kerana mendapat permintaan yang banyak daripada warga kota terutamanya golongan pelajar.

"Bagi 25 Ogos masih ada beberapa lagi tiket pada waktu pagi tapi tempatnya amat terhad kerana permintaan untuk tiket pada tarikh-tarikh tersebut amat tinggi.

"Ramai memilih untuk membeli tiket lebih awal kerana bimbang kehabisan tiket," katanya.

Sementara itu, kerani bas Konsortium Mutiara di hentian sama, Mohd. Juzairi Zulkifli, 26, berkata, tiket di kaunternya untuk destinasi yang sama turut habis bagi tarikh 26 hingga 28 Ogos.

"Namun sebelum dan selepas tarikh itu masih ada. Buat masa ini, kami belum menetapkan sama ada akan ada bas tambahan kerana ia bergantung pada permintaan. Mungkin bas tambahan ada bila hampir dengan hari raya," ujarnya.

Di Hentian Puduraya pula, penjual tiket Etika Delta Sdn. Bhd, Ahmad Tarmizi, 30, berkata tiket bas bagi perjalanan ke utara bagi syarikatnya sudah mula dijual sejak 15 Julai lalu.

"Buat masa ini, masih belum ramai lagi yang datang membeli tiket bas berbanding tahun lepas. Ini mungkin kerana masih awal lagi atau pun banyak yang memilih untuk membawa kenderaan sendiri," ujarnya.

Di samping itu, tinjuan ke beberapa kaunter di Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) mendapati bahawa tiket bas sempena hari raya bagi destinasi selatan masih belum lagi dijual dan dijangka akan mula dijual dalam masa seminggu lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan