Rabu, 24 Ogos 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Hishamuddin terima dua peluru hidup

Posted: 24 Aug 2011 06:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussin menerima dua peluru hidup yang dihantar melalui pos di pejabatnya, kira-kira jam 2 petang tadi.

Selain itu, beliau turut menerima ugutan melalui sampul surat itu dan menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa.

Orang ramai cekup peragut guna taktik simbah cili boh

Posted: 24 Aug 2011 02:33 AM PDT

KUANTAN: Taktik dua peragut menyimbah cili boh ke muka mangsa sebelum meragutnya tidak menjadi apabila seorang daripada mereka dicekup orang ramai yang mendengar jeritan mangsa, dalam satu kejadian di sini hari ini.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuantan DSP Kamaruzzaman Jaafar berkata dalam kejadian 9 pagi di Jalan Datuk Lim Hoe Lek itu, dua lelaki menaiki motosikal menghampiri seorang pengedar barang makanan yang baru mengambil wang daripada pelanggan.

"Selepas mengutip wang daripada klien, mangsa yang berusia 38 tahun itu menuju ke keretanya. Dia dihampiri dua suspek itu dan seorang daripada mereka menyimbah cili boh ke muka mangsa dan seorang lagi meragut beg sandangnya yang mengandungi wang tunai RM90,000," katanya ketika dihubungi.

Kedua-dua lelaki terbabit cuba melarikan diri, namun orang ramai yang mendengar jeritan mangsa bertindak mengejar dan berjaya menangkap seorang daripada suspek.


Katanya mangsa kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada jam 11 pagi.


"Mangsa berjaya mendapatkan kembali wang tunai miliknya yang disimpan dalam beg itu.

"Hasil siasatan awal terhadap suspek pula mendapati dia berusia 30an, bekerja sebagai penarik kereta dan positif dadah," katanya.

Beliau berkata polis kini mengesan seorang lagi peragut yang masih bebas dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan