Khamis, 18 Ogos 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


3 beranak maut nahas selepas beli baju raya

Posted: 18 Aug 2011 01:34 AM PDT

KEMAMANSepasang suami isteri dan anak tunggal mereka terbunuh dalam satu kemalangan malam tadi di km 127 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di persimpangan Resort Awana Kijal di sini selepas membeli baju raya di Kuantan.

Mereka yang terbunuh dikenali Nik Herna Mokhtar, 28, suaminya Mohd Aswari Ariffin, 36 dan anak tunggal mereka, Muhammad Airell Zulfairy, 4 tahun.

Nik Nor Syafiqah, 10, adik Nik Herna dan pemandu sebuah lagi kereta, Ahmad Tajuddin Mohd Ariffin, 30-an, cedera parah.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Abdullah Sani Salat berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Viva yang dipandu Mohd Aswari terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta yang dipandu Ahmad Tajuddin.


"Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari Kuantan ke rumah mereka di Kampung Gong Cengal, Kemasik. Kereta mereka terbabas dan melanggar tiang elektrik sebelum berpusing dan bertembung dengan sebuah kereta lain," katanya.


Menurut seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Naim, dia terkejut apabila ternampak sebuah kereta terbalik namun tiada suara meminta tolong didengari.

"Selepas diperiksa saya nampak seorang wanita, seorang lelaki dan seorang kanak-kanak terhimpit di bahagian depan kereta dan sudah meninggal dunia. Seorang lagi kanak-kanak yang duduk di bahagian belakang masih bernyawa tapi lemah.

Bapa Nik Herna, Mokhtar Said, 52, berkata bahawa keadaan Nik Nor Syafiqah yang merupakan anak bongsunya adalah kritikal.

"Waktu sahur kelmarin Nik Herna dan Nik Nor Syafiqah bawa air sejuk untuk saya sebab saya memang tidak bersahur. Mereka tidak pernah berbuat demikian tetapi ketika itu saya tidak berasa apa-apa yang pelik," katanya ketika ditemui di Hospital Kemaman di sini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Peniaga jual makanan, minuman dicemari bakteria diarah henti operasi

Posted: 18 Aug 2011 01:32 AM PDT

BESUT: Sehingga kini sudah 11 peniaga makanan dan minuman di Bazar Ramadan di Terengganu diarah menghentikan perniagaan selepas mereka didapati menjual makanan yang dicemari dengan bakteria berbahaya yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar berkata sampel makanan tercemar itu diambil oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu yang membuat pemeriksaan di semua Bazar Ramadan seluruh negeri sejak awal Ramadan.

Beliau berkata 11 daripada 178 sampel makanan dan minuman dari Bazar Ramadan yang diambil sejak beberapa hari lalu didapati mengandungi bakteria berbahaya yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

"Sampel makanan yang tercemar itu dikesan di tujuh gerai di Kemaman, tiga di Kuala Terengganu dan satu di Marang yang diambil sejak awal puasa baru-baru ini," katanya kepada pemberita di sini.


Menurut beliau sehingga semalam, pihak Jabatan Kesihatan Negeri sudah memeriksa 2,075 gerai yang dikendalikan oleh seramai 5,114 pengendali yang berdaftar. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan