Harian Metro: Mutakhir |
| Polis berkas 2 lelaki kes bunuh 'Along' Posted: 17 Aug 2011 03:49 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing ditahan di kawasan Puchong hari ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang pemberi hutang atau 'Along' di Petaling Jaya semalam. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata kedua-dua lelaki itu, yang seorang daripadanya pemilik premis kopitiam dan karaoke di kawasan Petaling Jaya Commercial City, ditahan reman tiga hari mulai hari ini.
"Rakaman kamera litar tertutup di dalam premis itu akan digunakan bagi membantu siasatan kes ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Phua Wei Loon, 25, ditemui mati oleh rakannya di premis itu selepas dia mengutip hutang kira-kira 9.30 malam.
|
| Pesakit nahas ambulans meninggal dunia Posted: 17 Aug 2011 02:31 AM PDT MELAKA: Seorang pesakit yang cedera parah ketika dibawa dengan ambulans yang dirempuh sebuah teksi di persimpangan lampu isyarat persimpangan Seri Negeri di sini Isnin lepas, meninggal dunia di Hospital Melaka hari ini. Mariam Baba, 73, dari Kampung Gedung Lalang, Bukit Rambai meninggal dunia kira-kira 9.10 pagi.
Zaidi Senan, 43, anak bongsu kepada Mariam memberitahu pemberita di hospital ibunya mati selepas menerima rawatan lanjut. "Sebab kematian tidak diketahui kerana masih menunggu jenazah yang akan dibedah siasat," katanya yang merasa terkilan dengan kematian ibunya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Pemandu ambulans itu Mambang Rudy Hartono, 41, serta pemandu teksi Ali Muhamad, 30, hanya mengalami cedera ringan sementara doktor dan jururawat yang tidak didedahkan identiti mereka dihantar ke HKL untuk rawatan lanjut. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan