Harian Metro: Mutakhir |
| Empat pelajar cedera parah dalam pergaduhan di luar pekarangan sekolah Posted: 16 Aug 2011 05:36 AM PDT KUALA LUMPUR: Empat pelajar sebuah sekolah menengah di sini cedera parah dalam satu pergaduhan di luar pekarangan sekolah mereka petang ini. Mereka mendakwa diserang lebih 30 pelajar yang bersenjatakan besi, cota dan topi keledar, dipercayai dari dua sekolah lain, di luar pintu sekolah pada kira-kira pukul 1.15 petang, semasa hendak pulang.
Seorang pelajar dikatakan mengalami kecederaan parah di kepala, manakala seorang lagi retak di tangan kanan dan dua lagi cedera di beberapa bahagian anggota badan. Salah seorang pelajar yang ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, Mohd Amirul Aiman Mohd Marzukhi, 17, berkata, beliau diserang semasa cuba meleraikan pergaduhan dan semasa cuba membantu seorang rakannya yang dipukul.
|
| Gangguan bekalan air Hulu Selangor, Petaling pada 22 dan 25 Ogos Posted: 16 Aug 2011 02:29 AM PDT KUALA LUMPURBeberapa kawasan di Hulu Selangor dan Petaling akan mengalami gangguan bekalan air berikutan kerja menaik taraf sistem bekalan air oleh kontraktor Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas). Gangguan akan berlaku mulai jam 10 malam pada 22 Ogos hingga 5 pagi keesokan hari di Taman Kancing Jaya, Taman Tun Perak Rawang, Taman Tun Teja, Taman Jati/PKNS Batu 17, Rawang Batu 16, Taman Rawang Perdana serta Taman Amansiara di Gombak.
Gangguan disebabkan oleh kerja pengalihan dan penyambungan paip di Lebuhraya KL-Kuala Selangor di Jalan Templer, Rawang. Gangguan akan turut berlaku bermula 10 malam pada 25 Ogos hingga 5 pagi pada 26 Ogos di Kampung Dato Lee Kim Sai, Taman Bersatu Rawang, Belmas Johan/ R&R/ Industri Indah Rawang, Industri Kri dan NSK akibat kerja pengalihan dan penyambungan paip di Lebuhraya KL-Kuala Selangor di Jalan Templer, Rawang.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan