Isnin, 15 Ogos 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Gempa sederhana landa kepulauan gunung berapi di Jepun

Posted: 15 Aug 2011 05:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana dengan kekuatan 5.4 pada skala Richter melanda kepulauan gunung berapi di Jepun pada 7.44 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini, berkata gempa itu berpusat 1,489 km dari tenggara Tokyo dan 3,262 km dari timur laut Sandakan, Sabah.

Gempa itu tidak mencetuskan tsunami, kata kenyataan itu. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Polis tembak mati penjenayah terlibat kes pecah rumah

Posted: 15 Aug 2011 04:04 AM PDT

GEORGE TOWN: Polis menembak mati seorang penjenayah yang dipercayai terlibat dalam beberapa kes pecah rumah di sekitar Tanjung Bungah dan Tanjung Tokong di sini, awal hari ini.

Dalam kejadian jam 2.20 pagi itu, sepasukan polis yang membuat rondaan pencegahan jenayah di Tanjung Bungah cuba menahan suspek yang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.

"Suspek cuba melarikan diri ke dalam semak dan kemudiannya melepaskan tembakan ke arah polis. Untuk mempertahankan diri, polis membalas tembakan dan tembakan itu kena suspek dan meninggal dunia," kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata siasatan mendapati suspek warga tempatan yang berumur 36 tahun itu dipercayai terlibat dalam 21 kes pecah rumah di sekitar Tanjung Bungah dan Tanjung Tokong.


"Polis mendapati salah satu kes pecah rumah yang berlaku di kawasan berkenaan sebelum ini positif kesan cap jari suspek," katanya.


Beliau berkata polis merampas sepucuk revolver, beg galas, jam tangan, bungkusan plastik yang mengandungi dadah jenis syabu, sebuah motosikal dan peralatan pecah rumah.

"Motosikal yang dirampas itu dilaporkan hilang di kawasan Jelutong, di sini," katanya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan