Harian Metro: Mutakhir |
| Ibu terkejut anak 14 tahun hamil Posted: 13 Aug 2011 09:51 AM PDT KENINGAU: Seorang ibu yang curiga melihat anak gadisnya berusia 14 tahun gemar memakan benda masam selain perubahan saiz tubuhnya hampir pitam apabila dimaklumkan anaknya disahkan mengandung dua bulan selepas pemeriksaan di klinik kesihatan, di sini, kelmarin. Lebih mengejutkan, gadis terbabit mendakwa kandungannya adalah hasil benih bapa tiri, yang juga suami ibunya.
Difahamkan, ibu mangsa mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku berikutan perubahan tubuh mangsa, terutama perutnya yang semakin membesar, selain gemar memakan asam.
Mangsa juga mendakwa diugut supaya merahsiakan kejadian itu daripada ahli keluarga lain.
Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Zahari Mohamed berkata, kejadian dipercayai berlaku di rumah mangsa di Kampung Kepayan Lama, Jalan Apin-Apin, sekitar Jun lalu.
|
| Buruh culik gadis kerana tolak cinta Posted: 13 Aug 2011 09:50 AM PDT KUALA TERENGGANU: Hanya kerana kecewa cintanya ditolak pelajar tingkatan tiga, seorang buruh berusia 22 tahun dengan bantuan dua rakannya, termasuk pelajar tingkatan lima, bertindak nekad menculik gadis itu, kelmarin. Dalam kejadian jam 9.15 malam, mangsa berusia 15 tahun yang belajar di sekolah menengah di Besut pergi berseorangan ke kedai runcit dekat rumahnya di Jalan Alor Peroi, Kuala Besut, untuk membeli barang.
Menurutnya, bapa mangsa berusia 36 tahun yang berada di depan rumah ternampak kejadian itu dan mendengar jeritan anaknya, lalu cuba mengejar kenderaan tetapi gagal.
Polis kemudian menemui mangsa yang disembunyikan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Gong Manok kira-kira jam 2.30 pagi dalam keadaan selamat dan menghantarnya ke Hospital Besut.
Katanya, polis turut merampas kereta Perodua Kancil digunakan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan dua suspek berkenaan ditahan reman empat hari di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Besut. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan