Harian Metro: Mutakhir |
| Aktiviti kutu tradisi, tidak bermotif keuntungan dibenarkan Posted: 12 Aug 2011 05:29 AM PDT KUALA LUMPUR: Aktiviti kutu yang dijalankan secara tradisi dan berkonsep tabungan serta tidak bermotif keuntungan di kalangan anggota masyarakat di kampung atau bandar dibenarkan atas dasar tolong-menolong di bawah Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971. Pengarah Kanan Penguatkuasaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, (SSM) Datuk Muhammad Redzuan Abdullah berkata, pindaan Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 yang diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat Julai lepas hanya berkuatkuasa ke atas orang perseorangan atau syarikat yang mengambil komisen ke atas perniagaan skim kutu.
"Akta itu akan berkuatkuasa dalam masa terdekat bagi mengenakan tindakan lebih tegas terhadap mana-mana individu atau syarikat penganjur perniagaan skim kutu. -Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
| Rumah nenek terbakar gara-gara cucu main mercun Posted: 12 Aug 2011 03:34 AM PDT KOTA BAHARU: Seorang kanak-kanak nyaris terbakar akibat bermain mercun dan bunga api, namun rumah neneknya pula yang mengalami kebakaran. Kejadian berlaku di Jalan Padang Garong dekat sini kira-kira jam 11.30 pagi tadi.
Ahmad Murshidi Fuad, 7, sempat diselamatkan oleh Wan Kalzaman Wan Mohamad, 49, yang kebetulan melalui kawasan rumah itu. Mangsa ditemui dalam rumah itu sambil menangis dengan tangannya masih memegang mercun dan bunga api.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan