Rabu, 24 Ogos 2011

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


4 beradik bakal peroleh sijil lahir

Posted: 23 Aug 2011 02:54 PM PDT

Wilayah

KUALA TERENGGANU: Kegembiraan jelas terpancar di wajah empat daripada lima beradik di Kampung Nibong Atas, Panji Alam di sini, apabila bakal memperoleh sijil kelahiran dan dapat mengikuti persekolahan seperti kanak-kanak seusia mereka.

Empat beradik itu, Norhidayah, 9; Nordiana, 8, Mohd Alif, 7, dan Mohd Syawal Mohammad Zaki, 5, selama ini hidup tanpa mempunyai surat kelahiran selepas kedua ibu bapa mereka dikatakan tidak mempunyai sijil perkahwinan yang sah.

Ibu kanak-kanak malang itu, Rohani Ngah, 33, berkata dia mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Zaki Othman, 38, di Kuala Lumpur pada 2000 walaupun mendapat tentangan keluarga dan tidak mempunyai sijil nikah. Katanya, selepas mendirikan rumah tangga dan melahirkan empat cahaya mata, baru dia menyedari kesulitan timbul apabila keempat-empat anaknya tidak dapat didaftarkan untuk mendapat sijil kelahiran.

Bagaimanapun, memandangkan permasalahan ini semakin kusut, dia kemudian bernikah semula pada 2005, bersama suaminya, Mohammad Zaki dan dapat mendaftar kelahiran anak bongsunya Nur Fatihah yang kini berusia tiga tahun untuk mendapatkan sijil kelahiran.

Rohani berkata, lebih malang anak ketiganya yang berusia tujuh tahun tidak mempunyai surat perubatan bagi memudahkannya untuk memohon sijil kelahiran.

Beliau berterima kasih kepada Biro Aduan UMNO Kuala Terengganu, yang sudi datang membantu keluarganya selepas mendapat maklumat daripada penduduk kampung mengenai pemasalahan yang dialaminya.
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu, Badrol Hisham Zaki berkata, selepas menerima aduan berhubung perkara berkenaan, pihaknya dengan bantuan Biro Aduan Kuala Terengganu bertindak menjalankan siasatan perkara sebenar.

Katanya, pihaknya segera mengunjungi keluarga terbabit dan meminta dokumen perubatan kanak-kanak berkenaan untuk proses pendaftaran, namun sedikit kesukaran berlaku apabila anak ketiga, Mohd Syawal tidak mempunyai sebarang surat sokongan perubatan.

"Jika nak diikutkan, saya mahu menyelesaikan perkara ini sebelum Aidilfitri, tetapi masa tidak mengizinkan kerana perlu menyelesaikan urusan mendapatkan bukti surat sokongan perubatan Mohd Syawal terlebih dulu.

"Saya berjanji akan menyelesaikan masalah empat beradik ini selewat-lewatnya selepas Aidilfitri bagi urusan pendaftaran dan pihak kami juga melakukan perbincangan dengan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) bagi menyekolahkan kanak-kanak malang ini," katanya ketika mengunjungi keluarga terbabit dan menghulurkan sumbangan di rumahnya semalam.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Pengusaha bas henti operasi

Posted: 23 Aug 2011 02:52 PM PDT

Wilayah

IPOH: Pengusaha bas yang beroperasi di Terminal Bas Ekspres Medan Gopeng, di sini, akan menutup operasi mereka dalam tempoh terdekat, sekali gus menghentikan penjualan tiket dan perjalanan bas jika bekalan elektrik di terminal berkenaan tidak disambung semula selepas dipotong sejak seminggu lalu.

Jurucakap yang juga pengusaha bas di terminal berkenaan, Faizal Mustafa, berkata tindakan itu dibuat berikutan 54 pengusaha termasuk penjual tiket dan peniaga kedai runcit di terminal itu tidak mampu menampung kos sewaan jana kuasa elektrik yang terpaksa disewa dengan kos RM2,000 sehari.

"Kami tidak mampu menampung kadar sewaan jana kuasa sebanyak RM2,000 sehari yang terpaksa ditanggung semua pengusaha di terminal ini. Kami tidak mempunyai pilihan lain selepas Tenaga Nasional Berhad (TNB) memotong bekalan elektrik sejak seminggu lalu. "Kami terpaksa berniaga dan memenuhi permintaan pelanggan terutama musim perayaan ini, tetapi tindakan TNB yang memotong bekalan elektrik berikutan menerima arahan daripada pihak tertentu menyebabkan kami terpaksa menanggung kerugian tinggi," katanya di sini.

Tinjauan Berita Harian di terminal itu mendapati, semua pengusaha terpaksa memasang lilin di kaunter jualan tiket kerana ketiadaan bekalan elektrik. Urusan pembelian tiket dan kiosk juga terpaksa dilakukan secara manual.

Lebih memburukkan keadaan apabila hujan lebat kerana kawasan itu bertambah gelap serta membahayakan pengguna selain berisiko berlaku kecurian serta kejadian jenayah lain.

Difahamkan, keadaan itu berlaku disebabkan arahan daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) supaya bekalan elektrik di terminal itu dipotong disebabkan keengganan pengusaha berpindah ke bahagian atas terminal terbabit pada April lalu.
Faizal berkata, terminal berkenaan beroperasi 24 jam untuk memberi kemudahan kepada penumpang, terutama musim cuti sekolah dan hari raya nanti.

Namun, katanya, tindakan PKNP tanpa memberi sebarang notis pemotongan bekalan elektrik menyusahkan banyak pihak.

"Kami bukan tidak mahu berpindah ke tingkat atas, tetapi keadaan di bahagian atas itu tidak selesa dan kurang sesuai untuk menarik pelanggan," katanya.

Sementara itu, Unit Perhubungan Awam PKNP dalam kenyataan semalam, menjelaskan tindakan TNB memotong bekalan elektrik di Terminal Bas Ekspres Medan Gopeng dibuat berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang membatalkan status premis tingkat bawahnya sebagai terminal bas.

Katanya, pemotongan bekalan elektrik kepada Express Variety di Kompleks Silveritage Galleria, Medan Gopeng, selaras dengan perintah 'Writ Pemilikan' berdasarkan perintah mahkamah.

"PKNP sudah memberi laluan kepada pengusaha kaunter tiket menerusi surat peguam kami kepada Tetuan Norali & Co yang mewakili pengusaha berkenaan berdasarkan arahan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, tertakluk kepada syarat ditetapkan.

"Bagaimanapun, pengusaha berkenaan belum memutuskan persetujuan berkaitan syarat berkenaan," katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan