Berita Harian: Wilayah |
| Posted: 11 Aug 2011 01:31 PM PDT Wilayah Mazlan (berdiri) bersama anggota UPP memeriksa pil kuda yang dirampas dalam operasi 'Ops Letup' di Bukit Yong. PASIR PUTEH: Taktik penyeludupan dadah yang membawa barangan itu melalui bas ekspres bagi mengelak dikesan pihak berkuasa terbongkar, apabila Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan merampas bungkusan mengandungi pil kuda bernilai RM280,000 dalam operasi 'Ops Letup' pada sekatan jalan raya di Bukit Yong, malam kelmarin. Dalam operasi itu, UPP Kelantan memeriksa bas ekspres dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuantan kira-kira jam 11.15 malam dan hasil pemeriksaan mereka menemui sebuah beg di tempat simpanan barang yang mengandungi beberapa bungkusan mencurigai. Komander UPP Kelantan, Mazlan Che Hamid, berkata berikutan itu seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan bagi siasatan lanjut."Pada mulanya kita tidak tahu siapa pemilik sebenar beg berkenaan tetapi selepas siasatan dilakukan, kita menemui pakaian milik suspek," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas operasi itu. Mazlan berkata, pihaknya percaya pil berkenaan diperoleh dari negara jiran bagi pasaran di negeri berkenaan. "Kami menyedari kegiatan penyeludupan melalui bas ekspres dan operasi kali ini buat pertama kalinya pihak kami berjaya melakukan rampasan dadah," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
| Penduduk Kuantan tidak takut denda buang sampah Posted: 11 Aug 2011 01:30 PM PDT Wilayah KUANTAN: Tindakan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mengenakan kompaun RM500 terhadap individu yang membuang sampah di Zon Sifar Sampah (ZSS) berkuat kuasa 1 Julai lalu, seolah-olah tidak dihiraukan warga bandar ini.Ia dapat dilihat hasil daripada tinjauan di sekitar Jalan Mahkota, di sini mendapati masalah sikap `acuh tidak acuh' masih menghantui segelintir orang ramai yang tidak mengutamakan kebersihan, sedangkan kempen ZZS dilancarkan sejak Januari lalu. ZZS yang bertujuan meningkatkan tahap kebersihan di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan itu sentiasa bersih dan bebas daripada sebarang masalah sampah.Sebanyak 153 kompaun dikeluarkan terhadap individu termasuk pemilik premis perniagaan yang didapati membuang sampah di ZZS bagi tempoh sebulan sejak dikuatkuasakan pada 1 Julai lalu. - Haslinda Hassan, Pegawai Perhubungan Awam MPK Seorang pekerja swasta, Kamis Isa, 34, tindakan individu yang membuang sampah dan menggantung plastik minuman di kaki lima amat dikesali."Sepatutnya, ia tidak berlaku memandangkan tong sampah turut disediakan tetapi masih ada yang bertindak di luar dugaan. "Dalam isu ini, saya meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) bertindak lebih tegas termasuk mengadakan pemantauan setiap hari di zon yang ditetapkan," katanya. Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), Muniarah Ahmad, 23, langkah MPK mengenakan kompaun RM500 terhadap mereka yang membuang sampah baik tetapi pihak berkuasa tempatan itu perlu lebih tegas melaksanakan penguatkuasaannya. Mengulas penguatkuasaan ZSS, Pegawai Perhubungan Awam MPK, Haslinda Hassan, berkata sebanyak 153 kompaun dikeluarkan terhadap individu termasuk pemilik premis perniagaan yang didapati membuang sampah di ZZS bagi tempoh sebulan sejak dikuatkuasakan pada 1 Julai lalu. Katanya, antara kesalahan paling banyak dilakukan individu terbabit ialah pembuangan putung rokok, tisu serta bekas botol dan tin minuman. "Kesalahan lain yang turut dikenakan tindakan kompaaun maksimum RM500 bagi setiap kesalahan itu ialah pembuang sampah pejabat yang dilonggok, sisa lebihan gerai makanan dan bahan binaan. "Berdasarkan statistik, daripada jumlah itu, sebanyak 86 kompaun dikeluarkan Bahagian Penguatkuasa MPK dan Bahagian Kawalan Kebersihan MPK pula 67 kompaun," katanya. Bagi memastikan tindakan itu tidak dipertikai individu terbabit, beliau berkata, MPK mengeluarkan notis secara terperinci jenis sampah yang dibuang, contohnya puntung rokok, tisu dan botol. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Wilayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan