Khamis, 11 Ogos 2011

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


Tiada kaitan pembangunan

Posted: 10 Aug 2011 01:40 PM PDT

Wilayah

 Kawasan  bukit ditarah untuk  pembinaan projek perumahan bersebelahan Perkampungan Orang Asli Sungai  Ruil, Brinchang, Cameron Highlands.

Kawasan bukit ditarah untuk pembinaan projek perumahan bersebelahan Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Brinchang, Cameron Highlands.

Adnan yakin bencana alam punca utama tanah runtuh Sungai Ruil

KUANTAN: Punca kejadian tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Cameron Highlands, Ahad lalu, tidak ada kaitan langsung dengan pembangunan atau penerokaan pembalakan haram, kata Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Sebaliknya, beliau menjelaskan bahawa tragedi yang mengorbankan tujuh nyawa disifatkan sebagai bencana alam. Beliau berkata, berdasarkan laporan awal yang diterima menunjukkan terdapat satu takungan air akibat hujan lebat di atas bukit berhampiran dan oleh kerana airnya terlalu banyak dan akhirnya berlaku tanah runtuh.

"Secara kebetulan aliran tanah runtuh itu betul-betul melalui beberapa rumah di perkampungan berkenaan... saya mula ingat (kejadian tanah runtuh) akibat pembangunan tetapi bukan, ia lebih kepada bencana alam.

"Bagaimanapun, setakat ini, perkampungan Orang Asli lain yang berhampiran tempat kejadian masih selamat," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama pegawai dan anggota Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) 4 Briged Mekanize, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.45 petang Ahad lalu, tujuh terbunuh dan dua parah dalam kejadian tanah runtuh yang menyebabkan lima rumah tertimbus dengan empat daripada tertimbus sepenuhnya.
Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil didiami 138 orang daripada 96 keluarga adalah antara perkampungan tercantik di Cameron Highlands.

Mengulas lanjut, Adnan berkata, kerajaan negeri akan cuba memujuk semua keluarga Orang Asli berkenaan berpindah dan kawasan penempatan semula lain.
"Kita juga akan bekerjasama dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi tujuan ini," katanya.

"Namun, kita akui agak sukar untuk berbuat demikian...tetapi kita akan cuba cari kesesuaian di kawasan berhampiran yang akan dikenal pasti tidak ada ancaman tanah runtuh pada masa akan datang," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pengusaha pakaian abai bekas pelatih YMK

Posted: 10 Aug 2011 01:40 PM PDT

Wilayah

KOTA BHARU: Kira-kira 400 wanita terutama ibu tunggal di bandar ini yang mengambil upah menjahit berdepan kehilangan punca pendapatan apabila ramai pengusaha pakaian mula membuat tempahan di negara jiran.

Pengusaha berkenaan yang sebelum itu sering menyerahkan jahitan baju kurung dan baju Melayu kepada bekas pelatih Yayasan Murni Kelantan (YMK) bagi keperluan Aidilfitri, kini menghantar pakaian untuk dijahit di Thailand, China dan Indonesia.

Setiausaha YMK, Lin Zainun Che Mahmood, berkata yayasan itu yang beroperasi sejak lebih 10 tahun lalu untuk membela ibu tunggal dan isteri yang dianiaya suami, kini berdepan masalah kerana kekurangan tempahan. Katanya, setiap pelatih YMK yang memiliki Sijil Kemahiran Menjahit diiktiraf Lembaga Vokasional Malaysia (LVM) selepas berjaya menamatkan kelas jahitan selama setahun, sebelum ini sering menerima tempahan untuk menyiapkan kira-kira 100,000 pasang termasuk baju kurung dan baju Melayu bernilai lebih RM1 juta.

"Bagaimanapun, tahun ini YMK hanya menerima kira-kira 30,000 tempahan pasang baju untuk Aidilfitri, dan terdapat 22 pasukan membabitkan lebih 400 bekas pelatih.

"Saya terpaksa membuat pembahagian tempahan itu bagi membolehkan setiap kumpulan dianggotai lima hingga 10 orang boleh pencari nafkah untuk keluarga masing-masing," katanya ketika dihubungi.

Lin Zainun berkata, YMK yang bergerak tanpa bantuan kerajaan, sedaya upaya membantu bekas pelatih mendapatkan pelbagai tempahan jahitan pakaian bagi memastikan golongan wanita kurang bernasib baik itu memperoleh pendapatan menyara keluarga.
Sementara itu, Lin Zainun berkata, pihaknya mengalu-alukan sumbangan orang ramai bagi membantu kira-kira 20 pelajar miskin yang kini menjadi anak angkat YMK.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan