Berita Harian: Wilayah |
| Polis nasihat waspada teman Facebook, Twitter Posted: 09 Aug 2011 04:29 PM PDT Wilayah ALOR SETAR: Polis menasihatkan pengguna internet supaya berhati-hati dengan perangkap cinta siber yang semakin aktif di negeri ini, terutama membabitkan hubungan perkenalan melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter yang akhirnya menyebabkan mangsa kerugian ribuan ringgit.Perkara itu didedahkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kedah selepas mengesan 21 kes jenayah siber yang direkodkan sehingga Julai lalu dengan tujuh tangkapan dibuat, berbanding 20 kes tahun lalu. Ketua JSJK Kedah Superintendan Nasbah Jusoh, berkata pengguna internet perlu lebih peka dengan taktik jenayah siber kerana perbuatan mendedahkan butiran peribadi kepada orang asing selain mempercayai kekasih siber hanya akan menjerat diri sendiri. "Kita mengesan kes jenayah siber termasuk hubungan cinta menerusi Facebook semakin serius di negeri ini, termasuk menggunakan gambar gadis cantik yang dipaparkan pada profil pemegang akaun untuk menjerat lelaki kemaruk cinta dengan tujuan untuk mendapatkan wang."Apa yang peliknya dalam kebanyakan kes, mangsa sanggup menghabiskan wang untuk menawan hati kekasih siber mereka walaupun percintaan mereka hanya di alam maya," katanya pada sidang media di sini, semalam. Nasbah berkata, polis turut mengesan 26 kes membabitkan sindiket penyamaran sebagai pegawai bank yang mensasarkan penjawat awam dan pekerja swasta sebagai mangsa dengan nilai kerugian mencecah RM324,000 dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini. Katanya, modus operandi sindiket itu ialah menghubungi mangsa dengan menyamar sebagai wakil bank sebelum memaksa mereka membayar sejumlah wang kononnya baki kad kredit bagi mengelak tindakan undang-undang diambil. "Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai mana-mana pihak yang mengaku wakil daripada institusi perbankan yang menuntut bayaran dibuat atas nombor akaun persendirian bagi mengelak menjadi mangsa," katanya. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komengus sesiapa yang kenal dalam fb mesti merisik kawan tu dan lihat gambar gambarnya dan pig dalam fb kita bagi selamatkan jika ada apa yang ditipu presca philip pgunaan internet prlu dpntau trutama rmja bwah umr krna bkn stakat pnipuan wang rggt shja mlah mgundang jnayah
mokje cosmic di harapkan pihak yang berkaitan dapat mengambil tindakan segera untuk mencegah gejala-gejal menipu ini. ini kerana ia bertujuan untuk keselamatan semua pihak keran hampir semua rakyat di Malaysia menggunakan Facebook untuk berhubung dan mencari rakan-rakan yang lama.saya juga adalah slah seorang pengguna facebook.diharapkan pihak yang berkaitan daptlah mengambil tindakan segera untuk keselamatn para pengguna.terimak kasih Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
| ‘Bas London’ tersadai Posted: 09 Aug 2011 04:26 PM PDT Wilayah SEBUAH bas dua tingkat kelihatan berada di bawah garaj dan masih belum dibaik pulih di Kompleks Logistik MBMB, Batu Berendam. MELAKA TENGAH: Bas dua tingkat berwarna merah atau lebih popular sebagai 'Bas London' yang menjadi kebanggaan penduduk negeri ini kerana berjaya menarik ramai pelancong, kini tersadai sejak hampir setahun lalu dipercayai akibat sukar mendapat alat ganti selepas mengalami kerosakan. Kenderaan terbabit yang menyediakan perkhidmatan di sekitar kawasan pelancongan pusat Bandaraya Melaka Bersejarah sejak 14 Ogos 2007, terpaksa ditempatkan di Kompleks Logistik Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Batu Berendam, dekat sini. Perkhidmatan pengangkutan pelancongan itu sebelum ini dikendalikan PM Cultural and Tourism (PMCT) Sdn Bhd, anak syarikat milik kerajaan negeri yang turut menyediakan perkhidmatan bas awam di sekitar Bandaraya Melaka Bersejarah. Sumber memberitahu Berita Harian, kedua-dua enjin bas berusia 30 tahun yang dibeli dari London Bus Export Ltd di United Kingdom, mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat diperbaiki segera kerana alat gantinya perlu diperoleh dari tempat asalnya.Katanya, akibat kerosakan teruk itu, MBMB terpaksa mengambil alih pengurusan kedua-dua bas itu daripada PMCT, sebelum diletakkan di Kompleks Logistik MBMB di Batu Berendam bagi proses pembaikan. "Perkhidmatan dua bas itu diberhentikan serta-merta sejak September lalu, selepas kerja membaikinya tidak dapat diteruskan kerana menanti alat ganti dari London," katanya kepada Berita Harian di sini, semalam. Perkhidmatan Bas London diperkenalkan kerajaan negeri sebagai usaha menarik lebih ramai pelancong ke Melaka.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Wilayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan