Jumaat, 12 Ogos 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


100 pakaian raya pelanggan hangus

Posted: 12 Aug 2011 02:26 PM PDT

Nasional

ANGGOTA bomba Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai berusaha memadamkan kebakaran rumah, Zainah Talib (gambar kecil) seorang ibu tunggal, di Alor Pongsu, Bagan Serai pagi kelmarin. - Foto Yahya Awang

ANGGOTA bomba Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai berusaha memadamkan kebakaran rumah, Zainah Talib (gambar kecil) seorang ibu tunggal, di Alor Pongsu, Bagan Serai pagi kelmarin. - Foto Yahya Awang

Tukang jahit rugi RM50,000 rumah usang terbakar

BAGAN SERAI: Lagi dua minggu umat Islam akan menyambut Aidilfitri, namun seorang ibu tunggal bersama tiga anaknya tidak tahu bagaimana nasib mereka yang tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman usang di Alor Pongsu, di sini musnah dalam kebakaran pagi kelmarin bersama baju raya serta lebih 100 pasang pakaian tempahan pelanggan.

Zainah Talib, 49, yang mengambil upah menjahit, mendakwa kerugian kira-kira RM50,000 dalam kejadian jam 10.45 pagi itu selepas gagal menyelamatkan sebarang harta benda, termasuk baju raya, dokumen penting, kelengkapan rumah, tiga mesin jahit serta sebuah Vespa. "Kejadian berlaku ketika saya sedang memasak di dapur untuk hidangan berbuka. Terkejut lihat api muncul entah dari mana menyambar dinding rumah. Saya hanya sempat berlari keluar dan menjerit sebelum orang ramai cuba menolong tetapi tidak berjaya kerana api marak dengan cepat.

"Nasib baik tiga anak, Abdul Latif Idris, 12, serta dua kakaknya, Norazila, 13, dan Norazida, 15, tiada di rumah kerana sedang bersekolah di Sekolah Agama Ridzuaniah, Teluk Medan," katanya ketika ditemui, kelmarin.

Beliau bersyukur kerana mereka sekeluarga terselamat, tetapi sedih kerana semua baju raya serta 100 pasang pakaian tempahan pelanggan tidak sempat diselamatkan dan kini buntu memikirkan masa depan selain bagaimana mahu menyambut hari raya.

"Macam mana nak raya, kami sudah hilang tempat berlindung," katanya.
Sementara itu Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Mohamad Othman Dahalan, berkata tindakan pantas anggotanya berjaya mengelakkan api daripada merebak ke bangunan tadika KEMAS dan tadika Islam.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Penafian PEMANDU retorik

Posted: 12 Aug 2011 02:24 PM PDT

Nasional

MTEM akan jelaskan kepada PM

KUALA LUMPUR: Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menyifatkan penafian Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) berkaitan isu peminggiran usahawan Bumiputera, sebagai retorik dan gagal memberi angka sebenar.

Ahli Jawatankuasa MTEM, Datuk Seri Mohd Nasir Abu Hassan, berkata ini kerana setakat ini 500,000 ahli mewakili 62 NGO yang bergabung di bawah MTEM tidak menerima sebarang faedah daripada PEMANDU. "Perkara ini yang akan kami jelaskan kepada Perdana Menteri apabila mengadakan pertemuan nanti dan kami harap akan turut menerima penjelasan lengkap daripada Idris Jala (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)," katanya ketika dihubungi.

Kelmarin, MTEM mengeluarkan kenyataan akhbar yang mendesak Idris Jala meletak jawatan kerana majoriti usahawan Melayu hilang keyakinan terhadap kepemimpinan PEMANDU yang didakwa gagal membantu mereka.

Bagaimanapun, PEMANDU menafikan ia mengenepikan usahawan Bumiputera dalam menggubal Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) berlandaskan Model Baru Ekonomi (MBE) yang dilaksanakan menerusi 12 makmal Program Transformasi Ekonomi (ETP) sebelum ini.

Laporan media memetik sumber PEMANDU sebagai berkata, sebanyak 500 pihak berkepentingan dijemput memberi cadangan dalam makmal berkenaan yang membabitkan 11 makmal berkaitan ekonomi dan satu makmal berhubung projek Greater Kuala Lumpur (GKL).
Mohd Nasir berkata, memang ada di kalangan ahli di bawah gabungan MTEM menyertai makmal ETP tahun lalu, tetapi ia hanya untuk mendapat maklum balas.

"Jika bercakap mengenai pelaksanaan, kami mahu tahu berapa ramai usahawan Bumiputera mendapat faedah daripada projek yang dilaksanakan setakat ini," katanya.

Beliau berkata, setakat ini ETP sudah membuat enam pengumuman menjanjikan pelaburan bernilai RM170 bilion, membabitkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) RM220 bilion melalui 87 projek di dalam 65 ETP yang dijadual mencipta 362,400 peluang pekerjaan.

Persoalannya, berapa ramai usahawan Bumiputera mendapat projek terbabit dan berapa jumlahnya.

"Setakat ini, majoriti usahawan Bumiputera tidak mendapat sebarang projek. Contohnya, projek MRT tidak mempunyai program yang boleh mem-
bina kapasiti kontraktor Melayu. Projek bernilai RM36 bilion yang hanya berlaku sekali dua dalam tempoh 10 tahun sebenarnya jika dirancang boleh disertai ramai kontraktor Melayu.

"Tapi PEMANDU yang risau dan beranggapan kami tidak mempunyai kualiti dan nilai keselamatan, telah meletak pelbagai halangan sekali gus membuatkan kontraktor Melayu tidak dapat menyertai projek penting ini," kata Mohd Nasir.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan