Jumaat, 19 Ogos 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Polis Perak kenal pasti 14 lokasi kerap berlaku kemalangan

Posted: 19 Aug 2011 02:02 AM PDT

Mutakhir

IPOH: Polis Perak mengenal pasti 14 lokasi di negeri ini yang didapati kerap berlaku kemalangan maut terutama menjelang perayaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahalan, berkata antara laluan itu ialah Jalan Ipoh-Simpang Pulai, Ipoh-Teluk Intan, Ipoh-Butterworth, Jalan Sitiawan-Taiping, Ipoh-Lumut, Ipoh-Kuala Lumpur dan Teluk Intan-Hutan Melintang.

Lokasi lain ialah Sri Manjong-Simpang Lekir, Sitiawan-Teluk Intan, Lebuhraya Timur Barat Gerik-Jeli dan Ipoh-Taiping, katanya di sini, hari ini. "Sehubungan itu kita menempatkan seramai 234 anggota polis trafik di lokasi strategik mulai minggu depan sempena operasi di musim perayaan bermula 22 Ogos hingga 16 September ini," katanya yang ditemui selepas menghadiri perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen.

Mohd Shukri berkata, melalui operasi kali ini, pihaknya mensasarkan penurunan kadar kemalangan sekurang-kurangnya lima peratus.

"Pada operasi sebelum ini, kita berjaya menurunkan kadar kemalangan sebanyak lima peratus dan pada tahun ini kita optimis sasaran yang sama akan dicapai," katanya.

Katanya, operasi tersebut turut membabitkan Jabatan Pertahanan Awam, Bomba dan Jabatan Pengangkutan Jalan dan beberapa agensi lain. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Wanita dakwa ditipu lelaki asing kenalan Internet

Posted: 19 Aug 2011 01:39 AM PDT

Mutakhir

SHAH ALAM: Seorang ahli perniagaan wanita kehilangan jam tangan berjenama dan barang kemas bernilai RM125,000 selain diugut RM30,000 oleh lelaki yang dikenalinya menerusi Internet.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata janda berumur 30-an itu melaporkan bahawa pada 11 Ogos lalu dia telah dijemput seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya warga Australia yang dikenalinya melalui Internet untuk ke sebuah hotel di kawasan Sepang.

"Mangsa mengadu telah mengadakan hubungan seks dengan suspek dalam bilik itu dan kemudiannya tidak sedarkan diri setelah diberi minuman oleh suspek yang kemudiannya melarikan diri," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini. Mohd Adnan berkata pihak pengurusan hotel yang merasakan sesuatu yang tidak betul telah berlaku, telah membuka bilik itu dan menemui wanita berkenaan dalam keadaan terbaring dan membawanya ke hospital.

Selepas sedar, wanita itu mendapati jam tangan Rolex dan barang kemasnya hilang.

Dia juga pernah diugut oleh suspek yang meminta RM30,000 untuk tidak menyebarkan gambar-gambarnya yang tidak senonoh yang dirakam di bilik hotel itu.

Mohd Adnan berkata polis telah menubuhkan satu pasukan petugas bagi mengesan lelaki itu yang dipercayai bukan warga Australia sebab pasport yang digunakannya itu adalah palsu. - BERNAMA

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan