Berita Harian: Mutakhir |
| PGM Sandakan gagalkan cubaan seludup 2,400 bungkus mercun. Posted: 17 Aug 2011 03:02 AM PDT Mutakhir SANDAKAN: Polis Gerakan Marin (PGM) di sini berjaya merampas 2,400 bungkus mercun yang cuba diseludup masuk dari negara jiran selepas menahan sebuah bot laju di perairan Terusan Duyung dekat sini.Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superitendan Fadzil Mohd Ali, berkata juragan bot laju itu sempat melarikan diri di kawasan hutan bakau selepas bot polis marin cuba menghampiri bot itu kira-kira 7.30 malam semalam. Sebelum itu, katanya bot peronda PGM yang melakukan rondaan di perairan itu melihat sebuah bot laju yang sarat dengan muatan kotak. Mercun jenis mancis itu dipercayai diseludup ke daerah ini untuk dipasarkan sempena musim perayaan Aidilfitri, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.Fadzil berkata, PGM bersama pasukan penguatkuasaan maritim yang lain telah meningkatkan penguatkuasaan di kawasan perairan daerah ini bagi membanteras kegiatan penyeludupan mercun dari negara jiran menjelang Aidilfitri. - BERNAMA Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
| Bekas KPN enggan ditemu bual berhubung kes Anwar Posted: 17 Aug 2011 02:57 AM PDT Mutakhir KUALA LUMPUR: Temu bual peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini hanya berlangsung selama kira-kira lima minit.Peguam S.N. Nair, yang mewakili Anwar, berkata sesi itu dihentikan apabila Musa membayangkan hasratnya untuk menggunakan haknya untuk tidak ditemu bual. Pada 8 Ogos, Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah membenarkan pasukan peguam yang mewakili Anwar menemu bual saksi dengan syarat mendapat persetujuan mereka yang terbabit (saksi) sebelum mereka memberi keterangan di mahkamah. Pada Isnin pula, beliau memberitahu pihak yang terlibat dalam perbicaraan kes itu bahawa tanpa mengambil kira hasil temu bual berkenaan, perbicaraan akan disambung pada 22 Ogos.Pada 16 Mei, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bahawa bekas pembantu pemimpin pembangkang itu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang juga pengadu dalam kes berkenaan, adalah saksi yang bercakap benar serta boleh dipercayai. Anwar, 64, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008 terhadap pertuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama. - BERNAMA Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan