Berita Harian: Mutakhir |
| Tindakan guna nama Kementerian Pertanian serius Posted: 16 Aug 2011 01:20 AM PDT Mutakhir PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memandang serius tindakan pihak tertentu yang menggunakan nama kementerian berkenaan untuk memasarkan produk sarang burung walit di luar negara.Menterinya, Datuk Seri Noh Omar, berkata setakat ini, pihaknya tidak pernah memberikan sebarang kebenaran kepada mana-mana individu atau syarikat untuk menyampaikan apa-apa penerangan atau bercakap mengenai produk sarang burung walit negara yang diiktiraf terbaik di dunia. "Mereka yang terbabit dalam industri ini (sarang burung walit), mereka faham masalah yang sedang kita hadapi, sebab itu mungkin ada di antara mereka cuba memberi penerangan secara sukarela kepada pihak tertentu di China. "Tetapi kita tidak suruh kerana kementerian sendiri ada perancangan disebabkan banyak berlaku sarang burung walit itu dijual secara diam-diam," katanya selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bidang latihan pertanian di Wisma Tani di sini, hari ini.Noh diminta mengulas mengenai laporan berita agensi asing bahawa terdapat pihak tertentu yang menggunakan nama kementerian berkenaan untuk memasarkan produk sarang burung walit dari Malaysia di China. Mengulas lanjut, Noh berkata, beliau sendiri akan mengadakan lawatan ke Shanghai, China dalam tempoh terdekat bagi membincangkan dengan kerajaan negara itu tentang produk sarang burung walit itu. Selain bagi memastikan hanya produk sarang burung walit yang benar-benar diiktiraf sahaja dieksport ke negara berkenaan, Noh berkata beliau sendiri memberikan penekanan terhadap perkara itu kerana Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) beliau menurun disebabkan beberapa masalah berhubung produk terbabit.
"Tetapi apa yang berlaku sekarang, ada di antara sarang burung walit ini dijual terus ke Hong Kong atau China tanpa mempunyai sijil VHM. Jadi, saya akan minta China supaya jangan membeli produk ini jika tiada sijil tersebut," katanya. Noh berkata, beliau juga akan meminta Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan wakil kedutaan Malaysia di Shanghai untuk mendapatkan laporan berhubung perkara terbabit. Sarang burung walit mendapat permintaan yang tinggi di China di mana sup sarang burung itu dilihat menjadi pengukur kepada status seseorang individu. Mengenai MoU itu antara Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) serta MoU antara NATC dengan Institut Skill-Tech (IST). MoU antara NATC, FAMA dan LPP adalah persefahaman bagi menggunakan Institut Pengurusan Peladang (IPP) di Sungai Petani, Kedah sebagai sekolah pemasaran secara strategi lautan biru, di mana kerajaan dapat menjimatkan kos pembinaan Sekolah Pemasaran. Konsep persefahaman itu membolehkan NATC membiaya kos latihan kemahiran pertanian, FAMA akan memberi sumbangan daripada segi tenaga pakar dan tenaga pengajar untuk latihan manakala IPP melalui LPP akan membenarkan bangunannya digunakan sebagai sekolah pemasaran. MoU antara NATC dengan IST pula bertujuan untuk mengadakan program latihan bagi meningkatkan tenaga kerja mahir dan usahawan terlatih; menerima kemasukan graduan lepasan IST ke Kolej Pertanian Malaysia bagi melanjutkan pelajaran serta membangunakan modul latihan berasaskan keterampilan. - BERNAMA
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
| Posted: 16 Aug 2011 12:51 AM PDT Mutakhir BACHOK: Cuti lebih 100 anggota polis trafik yang berkhidmat di Kelantan dibekukan untuk memberi fokus keselamatan jalan raya beberapa hari sebelum dan selepas Hari Raya Aidilfitri ini.Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata kesesakan teruk dijangka berlaku sepanjang tempoh perayaan itu apabila lebih sejuta rakyat Kelantan akan pulang berhari raya di kampung masing-masing. "Polis akan berusaha mengawal keselamatan mereka sama ada mengadakan sekatan jalan raya atau memberi nasihat panduan selamat dan mencegah kenderaan dari berhenti di tepi jalan," katanya kepada pemberita pada majlis serah menyerah tugas Ketua Polis Daerah Bachok di sini, hari ini. Majlis itu diadakan berikutan persaraan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintenden Yahya Salleh yang digantikan dengan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintenden Abdul Rahim Che Ghani.Bagi mereka yang ingin menyambut hari raya di luar Kelantan, Jalaluddin berkata, pemilik kediaman boleh memaklumkannya di balai-balai polis berdekatan bagi memudahkan polis membuat rondaan bagi keselamatan rumah mereka. Mengenai penyalahgunaan buku pelaut di kalangan lebih 5,000 nelayan asing di Kelantan, beliau berkata, polis akan melakukan siasatan mengenainya menjalinkan kerjasama dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan jabatan berkaitan. Sebelum ini, pelbagai pihak mendakwa terdapat penyelewengan apabila buku berkenaan dikeluarkan di Thailand sedangkan pemilik sebenarnya bukan terdiri daripada rakyat negara itu.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan