Berita Harian: Mutakhir |
| Peniaga diberi amaran papar tanda harga barang: KPDNKK Posted: 14 Aug 2011 03:06 AM PDT Mutakhir PENGKALAN HULU: Peniaga diingatkan serta diberi amaran keras supaya memaparkan tanda harga pada barang jualan mereka sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan tegas.Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe, berkata pihaknya tidak akan berkompromi jika ada aduan peniaga gagal meletakkan tanda harga terutama sempena sambutan hari raya dua minggu lagi. Tan yang juga Ahli Parlimen Grik, berkata pihak kementerian sentiasa mengambil berat rungutan rakyat mengenai tindakan segelintir peniaga yang sengaja mahu mengelirukan pembeli. "Letakkan tanda harga jika enggan dikenakan tindakan," katanya ketika ditemui pada majlis sumbangan bantuan kepada 200 anak yatim, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan keluarga kurang berkemampuan di sini.Beliau juga menasihatkan pengguna supaya tidak membuat pembelian panik hingga membuka peluang kepada peniaga menaikkan harga barang untuk mengaut keuntungan sempena musim perayaan ini. - BERNAMA
Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenFull Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
| Nik Aziz sokong larangan bacaan Al-Quran guna pembesar suara Posted: 14 Aug 2011 02:52 AM PDT Mutakhir KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak bersetuju amalan bacaan Al-Quran dibuat menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu mesyarakat sekitarnya.Mursyidul Am PAS itu berkata, perbuatan itu tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat sehingga boleh menyusahkan mereka dan seseorang Islam harus menghormati masyarakat sekeliling dengan tidak membuat bising, walaupun dengan membaca Al-Quran menggunakan pembesar suara. Sehubungan itu, beliau menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu Subuh. "Kita (umat Islam) hanya dibenarkan melaungkan suara ketika azan untuk mengerjakan solat. Oleh itu, saya tidak bersetuju jika masjid menggunakan pembesar suara sehingga menjejaskan orang lain yang sedang tidur atau sakit," katanya selepas melancarkan Koperasi Rakyat Kelantan Berhad (KRKB) di sini, hari ini.Mengulas tindakan Kerajaan Pulau Pinang melarang penggunaan pembesar suara ketika mengaji Al-Quran pada waktu subuh di masjid dan surau di negeri itu. Terdahulu dalam ucapannya, Nik Abdul Aziz menggesa wanita negeri ini yang suka membeli atau menyimpan barang kemas supaya menjualnya untuk dilaburkan dalam KRKB yang baru dilancarkan itu. Ia kerana, katanya, ia akan memberi pulangan yang menguntungkan kesan kenaikan harga emas dunia yang menjadi bahan pelaburan urusniaga koperasi menerusi Permodalan Kelantan Berhad (PKB).
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan