Sabtu, 13 Ogos 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


130 penjaja pasar Ramadan Kota Belud dapat cenderahati

Posted: 13 Aug 2011 02:51 AM PDT

Mutakhir

KOTA BELUD: Seramai 130 penjaja pasar Ramadan Kota Belud bertuah apabila menerima sumbangan cenderahati daripada Ahli Parlimen Kota Belud yang juga Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Hadir mengiringi Abdul Rahman ialah Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid sebentar tadi.

Kunjungan itu diserikan dengan penyerahan cenderahati termasuk apron dan topi sumbangan AmIslamic dan akhbar Berita Harian kepada penjaja serta penduduk Kota Belud. Hadir sama menyerahkan cenderahati ialah Pengurus Projek Khas Berita Harian, Mohd Mizal Hasbullah; Ketua Biro Berita Harian Cawangan Kota Kinabalu, Veena Rusli dan Eksekutif Kanan Projek Khas Berita Harian, Mohd Zainudin Ismail manakala AmIslamic diketuai Eksekutif Pentadbiran AmIslamic, Latif Lait.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Jelajah Semarak Ramadan BH-AmIslamic Bank singgah di Sabah

Posted: 13 Aug 2011 02:49 AM PDT

Mutakhir

KOTA BELUD: Berita Harian-AmIslamic Bank terus memanfaatkan keberkatan Ramadan al-Mubarak dengan meneruskan program Semarak Ramadan menerusi program kedua di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan, Parlimen Kota Belud, di sini.

Pelancarannya disempurnakan Ahli Parlimen Kota Belud yang juga Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan di Masjid Kampung Kelumbai, mukim Dundau pagi tadi.

Program itu bertujuan membantu golongan miskin untuk sama-sama menikmati keberkatan Ramadan al-Mubarak, selain merapatkan hubungan antara Berita Harian-AmIslamic Bank dengan anggota masyarakat di negeri ini. Program di siini dimulakan dengan penyembelihan seekor lembu sumbangan AmIslamic yang disampaikan Eksekutif Pentadbiran AmIslamic, Latif Lait untuk menjayakan kenduri rakyat di perkarangan masjid berkenaan dengan dihadiri kira-kira 200 penduduk kampung itu.

Hadir sama menjayakannya ialah pegawai dan kakitangan AmIslamic serta wartawan Berita Harian dan The New Straits Times Press (NSTP) Cawangan Kota Kinabalu.

ejajar niat murni untuk memperoleh keberkatan Ramadan al-Mubarak, program melapah daging turut disertai Abdul Rahman dan Latif serta Pengerusi Masjid berkenaan, Akoh Saton; Ketua Kampung Kelumbai, Alipudin Ghani dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Yusof Magit.

Program itu dimeriahkan dengan penyerahan 50 kampit beras, 60 kotak kurma dan wang tunai RM3,000 sumbangan AmIslamic bagi menyediakan juadah berbuka puasa yang disampaikan Eksekutif Pentadbiran AmIslamic kepada Pengerusi JKKK kampung berkenaan.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pengurus Projek Khas Berita Harian, Mohd Mizal Hasbullah; Ketua Biro Berita Harian Cawangan Kota Kinabalu, Veena Rusli dan Eksekutif Kanan Projek Khas Berita Harian, Mohd Zainudin Ismail.

Esok, jelajah Semarak Ramadan berkunjung ke Felcra Nasaruddin (Belia), Bota daerah Perak Tengah, Perak diikuti Kampung Bukit Treh, Muar di Johor pada Isnin depan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka menghadirinya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan