Berita Harian: MukaDepan |
| Posted: 10 Aug 2011 11:59 AM PDT Seorang lelaki ditembak mati di Croydon, kelmarin, korban pertama rusuhan diikuti tiga lagi semalam apabila mangsa dilanggar kereta ketika mempertahankan beberapa kedai di Birmingham. Kekacauan juga dilaporkan merebak di West Bromwich, Wolverhampton, Leeds dan Gloucester. Keganasan dan keadaan tidak menentu juga dikhuatiri mengancam jadual perlawanan pembukaan musim baru bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu ini di luar kota London selain menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan kejohanan Olimpik 2012 di ibu kota Britain itu. Rusuhan dan huru-hara berterusan turut memaksa Perdana Menteri Britain, David Cameron dan Ketua Polis Metropolitan buat pertama kali membenarkan anggota polis menggunakan peluru plastik serta meriam air bagi menghalang perusuh dan kegiatan mencuri di bandar utama 'selama mana perlu.' Peluru plastik biasa digunakan untuk mematahkan kemaraan perusuh tanpa menusuk ke dalam anggota tubuh. Ia biasa digunakan bagi menyuraikan rusuhan di Ireland Utara tetapi tidak pernah digunakan polis di tanah besar Britain. Di Manchester, beratus-ratus belia, ada di kalangan mereka semuda 10 tahun, mengganas di tengah bandar dengan membaling botol dan batu ke arah polis selain menyelongkar kedai. Kebanyakan mereka yang memakai topeng muka dan topeng ski memecah tingkap kedai, merompak selain mengejar jurugambar yang berada di kawasan itu dalam apa yang disifatkan sebagai keganasan terburuk dalam tempoh 30 tahun. Sebuah kedai pakaian wanita di lokasi perniagaan utama bandar itu dibakar bersama sebuah perpustakaan lama dekat Salford. Perusuh turut memecahkan pintu kaca dan masuk ke dalam Arndale, pusat beli belah utama Manchester. Beratus-ratus remaja kemudian merempuh masuk kedai itu dan mencuri pakaian dan kasut. Di Nottingham, perusuh membaling bom api ke sebuah balai polis dan membakar sebuah sekolah serta kenderaan di luar satu lagi balai polis. Sekurang-kurangnya 90 orang ditahan selepas cuba mencuri barangan dalam kedai, kolej, pusat masyarakat dan kenderaan. Di Liverpool, 200 belia membaling pelbagai benda ke arah polis dan anggota bomba memaksa pihak berkuasa menahan 44 orang. Di London, kedai, pejabat dan sekolah ditutup awal berikutan kebimbangan rusuhan baru akan meletus. Beberapa kawasan perniagaan yang selalunya sibuk dilaporkan tenang kerana pemilik kafe, restoran dan pub menutup perniagaan sejak malam kelmarin. Di kebanyakan kedai, langsir logam diturunkan dan banyak pemilik tempat perniagaan menutup tingkap kedai dengan kayu sebelum malam. - Agensi Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenafiz saya sokong chun mun.. pandangan bernas faiz salah siapa terjadi semua ini,harta benda jadi mangsa,keselamatan tidak terjamin,rusuhan berterusan,, , faiz salah siapa terjadi semua ini,harta benda jadi mangsa,keselamatan tidak terjamin,rusuhan berterusan,, , NURUL ASYIQIN BT AB GHANI kesian pelajar islam yg terkena rusuhan itu nasib baik saya tak belajar di sana. annie lowe Setuju dengan Chun Mun. Riot dimulakan oleh puak Black tetapi kerana marah pada polis dan iri hati pada org asia, mereka memberontak. Perlu diingat Black ini sudah semakin ramai di Malaysia. Datang atas pasport pelajar tetapi majoriti menyumbang kepada statistik jenayah. Org-org seperti ini datang dari negara yg menghadapi konflik tanpa henti dan sangat berpotensi untuk memulakan rusuhan di Malaysia bila jumlah mereka semakin ramai. Peace Lover harap2 semua pihak terutama yang gemar menganjurkan perhimpunan tu ambil iktibar cukup-cukup, kitorang sayang Malaysia, taknak jadi macam kat sna, so fikir-fikirkanlah ya, next time kalau nak anjur lagi perhimpunan haram tu koran pi kat london, depa suka tu, tak pun terus terjun laut je, menyusahkan rakyat betul! ioi planter saya cuma ingin sekadar berkongsi pendapat saya kepada semua. jikalaulah pemerintah sekarang lambat sedar daripada kezaliman dan budaya rasuah rakus yang diwarisi daripada pemerintah sebelum ini mungkin rakyat negara ini sudah memberontak seperti mana yang berlaku di negara-negara Asia Barat dan juga di Britai ketika ini. Pemerintahan sekarang harus mejadikan perkara yang berlaku di luar sana tidak merebak ke dalam negara kita. Ingatlah rakyat semakin bijak. Jangan sampai pemeimpin - pemimpin kita tersilap congak dan langkah. Sekian buat renungan kita bersama. polis pencen Tembak orang sesuka hati tanpa usul periksa dan diketahui kesalahannya adalah melanggar undang-undang dan peraturan polis itu sendiri,pihak kerajaan tidak boleh mereka kerana SALAH TETAP SALAH.TIADA KOMPROMI. ZACK YANG PENTING NEGARA KITA TANGUNG JAWAB KITA.SAMA2LAH KITA JAGA NEGARA KITA YANG DAH MERDEKA.KABOR KE SAHABAT DEMO JANGAN LAH DOK BUAT BERSIH KE! CERAH KE! APE2 SAJE KEKACAUAN DALAM MALAYSIA NEEE, MACAM KEJADIAN YANG BELAKU KAT KL BARU2 NE ,DEME NE TAK PAKAI OTAK KUT DOK BUAT MACAM2 DEMONTRASI KAT MALAYSIA NE , SAPA YANG SUSAH? APE YANG DEME DAPAT? .....DAPAT JADI TAHANAN KAT PUSAT LATIHAN POLIS ADA LA, MAKAN PERI. AND ONE MORE QUESTION, SIAPA YANG RUGI ??????????????? Dr Azwan Saya tidak faham bagaimana si polan dan si polan sewenang-wenangnya menyalahkan polis bila situasi begini berlaku. Pokok pangkal pun langsung tidak tahu, sesedap hati menyalahkan sebelah pihak. Ntah kalau remaja yg kena tembak tu terlebih dahulu tembak polis tanpa sebab, takkan polis berdiam diri dengan keganasan macam tu? Polis menjalankan tugas, dan jika benar polis tu salah, hadapkan polis tersebut ke mahkamah. Itu salurannya. Kenapa perlu menyusahkan orang lain? Demonstrasi, perhimpunan haram hanya alasan bagi sesetengah pihak untuk bertindak, walhal pihak penganjur sebenar-benarnya tahu tindakan mereka adalah tidak betol. D' tue lah bebas sgt.. buat demo lg.. diorg x puas ati cara polis malaysia menyuraikn demo bersih.. skrg diorg plak pakai water cannon, gas pemedih mata, peluruh getah.. kalu dr awal2 lg buatkn x menyesal skrg.. Wung Chun Mun Kebetulan, pelajar Malaysia tu Islam, 3 orang yang mati di Birmingham juga Islam. Keadaan seolah-olah menjadi seperti Muslim jadi sasaran, kerana premis-premis perniagaan kecil dimiliki oleh etnik Asian, kebanyakan Muslim dan yang terlibat dalam rusuhan ramai dari Afrika. Mereka ni menjadi seteru sekian lama. Kejadian ini menjadi batu loncatan persengketaan. Perlu diketahui, etnik Afrika kebanyakan tidak bekerja dan gelandangan serta hidup dengan "benefit" kerajaan. Mereka rasa tersisih dan iri terhadap etnik Asia (digelar Colour, sementara etnik Arika digelar Black), yang kebanyakannya menguasai ekonomi sederhana. Perlu menjadi pengajaran bagi rakyat Malaysia. Perkara ini bukan setakat tidak puas hati terhadap polis sahaja. Bayangkan, polis tidak pernah menggunakan water cannon pun di London sebelum ini. Remaja yang dijumpai dalam sekatan jalanraya itu memang sah mempunyai senjata api. Apa tujuan?, tentang insiden tembak menembak masih lagi dalam siasatan, tetapi satu commission bebas telah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan sebelum pihak berkuasa. Ini lebih menyemarakan lagi keadaan kekalutan yang masih samar. Di Malaysia, commission ini seperti NGO. Bayangkan apa terjadi pada 9 Julai 2011? Perkara yang sama berlaku di London, tetapi Tuhan masih sayangkan Malaysia. Pihak berkuasa bertindak tegas, menghampakan hasrat setengah-setengah pihak yang mengharapkan kekacuan seperti ini di Malaysia. Sahak BP Kepada Bendi...kenapa salahkan polis?Adakah ini yang mahu dijadikan contoh oleh orang-orang di Malaysia...melayu pulak tu! Kaum lain tepuk tangan bila kita sesama melayu dan islam berbalah.Apa faedahnya buat rusuhan dan demo tu? Kena tangkap salahkan polis pulak... tapi kalau rumah dirompak, motor hilang tau pulak cari polis....Dengan muka tak malu makan percuma pulak. Entahlah apa nak jadi pada kaum melayu ni...... carlos santiagos Dah lama perusuh ni tunggu peluang nak merusuh sebab di negara lain ada saja rusuhan. Memang xde adab tapi mesti bersebab mengapa mereka bertindak demikian. yang kurang ajarnya orang yg x salah apa pun dilanggar dan di rompak. harun ahmad Sekarang baru Britain rasa apa yg dirasa oleh negara Tunisia, Mesir, Libya dan Syria. Rakyat sendiri yg memberontak/merusuh. oleh yg demikian jaga negara sendiri sebelum mencampuri/menjaga negara orang lain. Pernah PM Britain berkata, Presiden Libya tidak layak memerintah Libya kerana rakyat sendiri pun tidak dapat dikawal dari memberontak/merusuh. Jadi sekarang apa macam? Buzz Time Dato Najib pegi london, pembesar2 mereka n ratu elizibert pakai tie kuning & baju kuning, bagai memberi support utk demontrasi dari bersih..sekarang kene batang idung sendri...suruh la pakai baju kuning lagi.. Hidayah @Jon Maxtryon Tiga orang pemuda yang dilanggar lari itu adalah orang Islam yang baru sahaja keluar daripada masjid. bendi inilah yang jadi bila polis tembak orang suka-suka Razi Mungkin rusuhan berpunca daripada perasaan tidak puas hati rakyat ke atas tindakan polis menembak seorang remaja. Tetapi mengapa rakyat harus melakukan rusuhan yang akhirnya merugikan rakyat juga? Bukankah itu tindakan bodoh? Pada pendapat saya, peristiwa ini bukan semata-mata kerana protes ke atas remaja berkenaan, tetapi lebih kepada masalah ekonomi global yang merudum dewasa ini. Percayalah, orang tidak akan mengamuk kalau cukup makan dan pakai. Alhamdulillah, negara Malaysia ini masih aman tenteram disebabkan pemimpin negara bijak menguruskan ekonomi dan rakyat masih lagi memperolehi keperluan makan dan pakai secukupnya. Kalau suatu hari nanti, pemimpin yang dipilih oleh rakyat gagal menangani masalah ekonomi, kemungkinan besar rusuhan seperti terjadi di beberapa negara termasuk Britain tidak mustahil akan berlaku. rahim tiger Ini semua berpunca dari kecuaian polis dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab...banyak iktibarnya untuk kita... janxxx semalam dalam youtube ada menunjukkan kemungkinan besar mangsa adalah seorang pelajar malaysia yang tidak sengaja melalui kawasan perusuh telah dirompak oleh orang yang lalu lalang disitu setelah beliau dilihat terduduk sambil menyapu mulutnya yang berdarah..ingat diorang datang nak tolong hantar dia ke hospital tapi rupanya diorang datang untuk 'tolong' rompak..aku rasa baik pihak kerajaan panggil balik pelajar2, ahli perniagaan dan pelancong2 kita daripada kota london tu..dah teruk sangat huru haranya.. ari Negara yg dikatakan bertamadun dan maju pun berlaku perkara sebegini.Apa mahukah kita perkara yg sama berlaku di tanahair sendiri?Oleh itu jgn terlalu emosional dlm menangani sesuatu isu yg kita tidak puashati..Fikir fikirkanlah wahai rakyat Malaysia!! Anon Penduduk Islam jadi sasaran? Langsung tak ada kaitan. Jangan buat laporan yang tak berasas. Kalau tak tahu jangan senang-senang lapor. Joe Jambul ni lah katanya gajah di seberang jalan nampak, semut di depan mata tak nampak. duk sibuk hantar military kat iraq, libya, afghan yang kononnya menentang kekejaman, kat negara sendiri tak nampak apa2.ni lah 'BIJAK' nama dia. apakah ini yang dikatakan balasan Allah kepada mereka di atas kekejaman yang berlaku kepada negara Islam selama ini? dikhabarkan pula pada hari pertama kedua, PM,TPM,Menteri Pertahanannya pun takde di negara sendiri.sebab itulah hari ketiga dan keempat baru dikhabarkan beribu2 polis dikerah ke London dan bermaharajalelalah mereka pada hari pertama dan kedua..harap tak berlaku di negara kita. zzr Mengikut laporan punca jangka pendek (immediate reason) berlakunya huru-hara rakyat ialah ketidak puashati di atas kematian seorang remaja yang ditembak polis. Pasukan polis perlu ambil pengajaran dari peristiwa. Kalau terbukti benar penjenayah atau perompak sedang mengancam nyawa orang lain mungkin tidak menimbulkan ketidak puashati. Tapi kalau yang tidak mengancam kejar, tangkap, dakwa sajalah. Jon Maxtryon Penduduk Islam jadi sasaran?
|
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan