Sabtu, 25 Disember 2010

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Lagi pasangan kembar peroleh 8A

Posted:

Lagi pasangan kembar peroleh 8A

Lagi pasangan kembar peroleh 8A

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my


NUR Dahlia (kiri) dan Nur Dalila berkongsi kegembiraan bersama ibu mereka, Rosnani Adam, di Seremban, kelmarin.


SEREMBAN 24 Dis. - Sikap saling bersaing dan memperbanyakkan doa menjadi rahsia kejayaan pasangan kembar Nur Dalila serta Nur Dahlia Zulkifli, 15, dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan semalam.

Dua beradik yang belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gemencheh, Tampin, masing-masing memperoleh 8A dalam peperiksaan berkenaan.

Nur Dalila berkata, mereka suka bersaing sesama sendiri untuk mencapai kecemerlangan selain mengamalkan pembelajaran secara berkumpulan bersama rakan-rakan.

"Saya lebih gemar belajar bersama rakan-rakan berbanding belajar bersama adik. Mungkin kerana kami mempunyai pandangan berbeza dengan matapelajaran yang diajar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nur Dahlia pula berkata, dia mengamalkan cara pembelajaran secara sistematik selain tidak mengulangkaji pelajaran pada saat-saat akhir menjelang peperiksaan.

"Apa yang penting adalah menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas selain membuat soalan-soalan peperiksaan. Cara itu lebih baik berbanding mengulangkaji pelajaran pada saat akhir.

"Kejayaan yang saya perolehi ini adalah hasil daripada dorongan semua pihak termasuk ibu bapa, guru serta rakan-rakan," katanya yang bercita-cita menjadi doktor.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Pasar raya didakwa tipu pengguna

Posted:

Pasar raya didakwa tipu pengguna

Pasar raya didakwa tipu pengguna

Oleh NAS NORZIELA NASBAH
pengarang@utsuan.com.my

MELAKA 24 Dis. – Yayasan Insan Melaka (YIM) mendedahkan ada pasar raya besar di negeri ini dikesan telah menipu pengguna dengan menjual barangan yang telah tamat tarikh luputnya.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya berkata, perbuatan itu dikesan setiap kali jualan musim perayaan yang menawarkan potongan harga bagi menarik pengguna membeli barangan mereka.

Menurut beliau, pihaknya menerima banyak aduan daripada pengguna apabila mereka tertipu membeli barangan yang ditawarkan potongan harga tetapi telah tamat tarikh luput.

''YIM memandang keadaan ini sebagai satu penganiayaan kepada pengguna, sepatutnya pengusaha pasar raya lebih peka dan tidak mengambil ringan kerana ia melibatkan kesihatan pengguna," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Selain menjual barangan yang telah tamat tarikh luput, beliau berkata, kesalahan lain yang dikesan adalah menjual makanan dalam tin kemik, pembungkusan makanan tidak menepati spesifikasi dan pelbagai kesalahan lain.

"Kita juga mengesan ada beberapa penipuan dari segi pelabelan yang membabitkan kesalahan undang-undang," ujarnya.

Lebih memeranjatkan, kata beliau, kebanyakan aduan yang diterima daripada pengguna mengaitkan barangan yang dibeli daripada beberapa pasar raya besar di negeri ini.

Katanya, perkara itu dilihat sebagai sesuatu yang serius kerana tidak sepatutnya sebuah pasar raya yang besar menipu pengguna semata-mata ingin meraih keuntungan berlipat ganda.

''Orang ramai percaya kualiti barangan yang dijual oleh pasar raya besar adalah berkualiti berdasarkan pembukaan cawangan pasar raya tersebut di seluruh negara," katanya.

Namun bagi pengguna, katanya, mereka begitu kecewa kerana mendapati beberapa barangan yang telah tamat tarikh luput masih dijual.

Sehubungan itu, Saharuddin meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengambil tindakan sewajarnya terhadap pasar raya yang berbuat demikian.

Justeru, beliau mengingatkan para pengguna supaya tidak terpedaya dengan taktik peniaga menggunakan barangan luput tarikh terutamanya semasa kempen jualan murah pada musim perayaan.

Bagi pengguna yang menghadapi masalah boleh membuat aduan dengan menghubungi talian utama YIM 1700800444 atau datang ke pejabat di No. 20-1, Jalan TU 40, Taman Tasik Utama, Ayer Keroh di sini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan