Isnin, 27 Disember 2010

Kosmo Online

Kosmo Online


Tudung wanita diseludup dirampas

Posted:

Tudung wanita diseludup dirampas

Tudung wanita diseludup dirampas

27/12/2010 9:07pm

TUMPAT – Pasukan Gerakan Marin (PGM) Pengkalan Kubur, dekat sini, merampas 710 helai tudung wanita bernilai RM17,750 yang dipercayai diseludup dari Thailand di sebuah pangkalan haram Kampung Pulau Tengkorak, Jumaat lepas lepas.

Pegawai Pemerintah pasukan itu, DSP Tan Cheng San berkata, kejayaan itu hasil intipan anggotanya berikutan maklumat daripada orang ramai di kawasan tebing Sungai Golok, kira-kira pukul 8 malam.

Katanya, barangan rampasan tanpa pemilik itu dijumpai ditinggalkan penyeludup yang menggunakan bot enjin galah untuk membawa barang tersebut dari negara jiran untuk di seludup dan dipasarkan ke negara ini.

"Kesemua barang tersebut diserahkan kepada Kastam Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini. – Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

SIC lanjutkan tempoh promosi ”Early Birds”

Posted:

SIC lanjutkan tempoh promosi "Early Birds"

SIC lanjutkan tempoh promosi "Early Birds"

27/12/2010 7:44pm

KUALA LUMPUR – Bagi memenuhi permintaan peminat, Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC) melanjutkan tempoh promosi "Early Birds" Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia sehingga 31 Januari depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Razlan Razali berkata, langkah itu juga merupakan sebahagian usaha berterusan SIC dalam mempromosikan sukan permotoran pada kalangan rakyat negara ini.

"Saya percaya perlumbaan 2011 akan lebih menarik kerana kita mungkin berpeluang menyaksikan tiga pasukan F1 yang mempunyai kaitan dengan Malaysia seperti Mercedes Petronas F1 Team, pasukan yang mungkin dijenamakan semula Lotus Racing Team dan Lotus Renault F1 Team," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Promosi "Early Birds" atau tempahan awal membolehkan peminat menikmati diskaun 50 peratus bagi setiap tiket yang dibeli.

Menerusi promosi itu, orang ramai boleh membeli tiket pada harga serendah RM30 untuk menyaksikan perlumbaan yang dijadual dari 8 hingga 10 April depan. – Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan