Isnin, 27 Disember 2010

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Ghani nafi JCorp cadang jual kepentingan dalam QSR Brands, KFCH

Posted: 27 Dec 2010 02:55 AM PST

Mutakhir

LABIS: Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman menafikan Johor Corporation (JCorp) bercadang untuk menjual kepentingannya di dalam QSR Brands Bhd dan KFC Holdings (M) Berhad.

Beliau yang juga Pengerusi JCorp berkata isu mengenai cadangan untuk melupuskan kepentingan JCorp di dalam kedua-dua syarikat itu tidak timbul sama sekali.

"Isu (penjualan kepentingan di dalam QSR Brands dan KFC Holdings) itu tidak timbul sama sekali. Ia sama sekali tidak benar," katanya ketika ditanya pemberita selepas melawat rumah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha di sini hari ini. Johor Corporation (JCorp) di dalam satu kenyataan hari ini berkata ia tiada rancangan untuk menjual aset-aset berharganya, QSR Brands Bhd dan KFC Holdings (M) Bhd, yang dipegang menerusi anak syarikatnya Kulim (M) Bhd.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kamaruzzaman Abu Kassim berkata QSR dan KFC kekal sebagai aset yang bernilai dan strategik untuk JCorp dan pendirian ini seiring dengan pengumuman Kulim dan QSR yang dibuat pada 29 November yang ia mahu menyimpan aset-aset ini dalam lingkungan syarikat. - BERNAMA


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

4 ditahan bantu siasatan kes bunuh sub-kontraktor

Posted: 27 Dec 2010 02:53 AM PST

Mutakhir

KUANTAN: Polis menahan empat individu, dua daripadanya wanita dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran, bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang sub-kontraktor di Lorong Sekilau 34, Bukit Sekilau di sini, Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner T Narenasagaran, berkata empat individu itu termasuk seorang lelaki berusia 25 tahun dari Felda Lepar Hilir Dua, di sini, yang menemui mayat mangsa, Chan Kin Wai, 45, dengan kesan tetakan di rumahnya.

"Seorang lagi lelaki berusia 29 tahun berasal dari Kampung Masjid, Pekan selain dua wanita masing-masing berusia 25 tahun dipercayai pelacur," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Beliau berkata mangsa dipercayai mendapatkan khidmat seks sebelum kejadian namun seorang daripada wanita terbabit bertindak mencuri wang miliknya menyebabkan mangsa memukul wanita itu.

Katanya wanita itu kemudian menghubungi seorang lelaki dikenali sebagai "Black" yang kemudian tiba lalu menyerang mangsa dengan parang.

Polis kini sedang mengesan Black atau nama sebenarnya, Mohamad Husin Mat Sib, 25, beralamat di 204-17-2, Sri Saujana Condo, Jalan Bandar Dalam, Sentul Kuala Lumpur bagi membantu siasatan, kata Narenasagaran.

Polis mendapati Black mempunyai rekod jenayah lampau iaitu kes jenayah memiliki dan penyalahgunaan dadah serta rogol. - BERNAMA


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan