Selasa, 28 Disember 2010

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Menghargai sejarah silam

Posted:

Menghargai sejarah silam

Menghargai sejarah silam

Oleh FAUZI MOHD.
utusanterengganu@utusan.com.my


Shamsuddin Abdul Rahman menunggu pelanggan membeli barangan di Sha Antik, Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu.


KUALA TERENGGANU 27 Dis. – Tidak ramai yang menyedari bahawa di suatu sudut Pasar Besar Kedai Payang di sini, terdapat sejenis perniagaan yang tidak sebagaimana lazimnya terdapat di pasar-pasar lain.

Ia bukanlah sesuatu yang menjadi tumpuan umum apabila ke pasar. Ia hanya untuk kalangan mereka yang ingin mengingatkan masa silam dan begitu menghargai nilai sesuatu yang semakin dilupakan.

Ia juga mungkin untuk dijadikan koleksi peribadi, penghias ruang tamu atau dijadikan pelaburan untuk mendapatkan pulangan lebih besar pada masa depan.

Di sudut itu, saban hari Shamsuddin Abdul Rahman, 60, berada di ruang kecil premisnya memperagakan barangan yang dikaitkan dengan warisan dan budaya.

"Semasa saya mula membuka Sha Antik, saya tahu tidak ramai yang berminat dengan barang di gerai ini apatah lagi membelinya.

"Walaupun ada yang datang menjenguk dan bertanya dengan penuh minat, tetapi mereka tidak membelinya kerana harga yang saya tetapkan tidak sebagaimana mereka jangka," ujarnya.

Shamsuddin yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Din menjalankan perniagaan barangan antik di pasar itu sejak 10 tahun lalu dan dia merupakan antara dua peniaga barang lama di daerah ini.

Bapa kepada lima orang anak itu mula menunjukkan minat terhadap dunia antik sejak zaman persekolahan apabila selalu mengunjungi rumah datuknya di Kampung Jel, dekat sini.

Dia yang juga Ahli Persatuan Seni Purba Terengganu berkata, datuknya yang merupakan seorang pegawai kerajaan ketika itu gemar mengumpul barangan antik yang dibeli serta hasil pemberian orang ramai.

Selepas menamatkan zaman persekolahan di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman dekat sini, dia berhijrah ke Melaka untuk berniaga kain.

Setelah mendirikan rumah tangga dengan pengusaha kedai makan, Bibi Ana Abdul Wahid pada 1990, dia pulang semula ke Terengganu untuk turut mengusahakan perniagaan isterinya di Kampung Ladang, dekat sini.

Sejak pulang, dia meneruskan hobinya dengan membeli barang di beberapa negeri dan dijadikan perhiasan di kedai mereka untuk dikongsi bersama pelanggan.


Sebahagian daripada barangan antik yang dijual oleh Shamsuddin Abdul Rahman di Sha Antik.


"Semuanya bermula apabila pada satu ketika sekitar 1995, ada seorang pelanggan dari Pulau Pinang begitu tertarik dengan sebilah keris lama yang saya pamerkan di dinding kedai.

"Pelanggan tersebut memujuk saya untuk menjual keris berkenaan dengan harga RM600 dan itulah barang antik pertama yang saya jual," katanya.

Sejak itu katanya, dia berasakan barang antik ada peminatnya yang tersendiri lalu membuat keputusan untuk membuka sebuah kedai khusus pada tahun 2000.

Antara koleksi yang terdapat di Sha Antik ialah pelbagai jenis senjata lama seperti keris, pedang dan badik yang sebahagian besarnya berusia lebih 100 tahun.

Turut kelihatan adalah Keris Bugis, Keris Melela, Keris Panda Sarah, Badik Rencung, Badik Lada Tumbuk, Badik Sayap Merpati dan Badik Retak Seribu.

Begitu juga dengan pelbagai jenis peralatan muzik tradisional seperti gong, gendang dan rebana serta ukiran kayu, tempurung serta tembaga terdapat di gerainya.

Tidak ketinggalan juga pelbagai jenis anyaman mengkuang dan upih kelapa serta peralatan rumah lama seperti pinggan-mangkuk, bekas tembikar, seterika, tepak sirih dan bekas kayu.

Barang yang paling lama dalam simpanannya ialah kain songket limar yang diwarisi daripada datuknya yang juga hasil tenunan penduduk tempatan pada akhir kurun ke-18 serta sebilah Keris Anak Alam yang berusia lebih 130 tahun.

Sementara itu seorang peminat barang antik, Che Johan Che Pa berkata, dia mendapatkan barang tersebut dengan cara mencarinya di sesuatu tempat yang sering diperkatakan orang ramai seperti Sha Antik.

"Meskipun kadangkala harga yang terpaksa dibayar amat tinggi, tetapi kerana minat untuk memilikinya, saya tidak keberatan membelinya.

"Harga sesuatu barang antik itu akan ditentukan mengikut usianya setelah disahkan tulen oleh pakar berkaitan tetapi secara peribadi saya berpendapat harga sebenar sukar dinilai," katanya yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Kelantan.

Seorang lagi pelanggan, Hassan Abdullah berpendapat, jika dilihat dari aspek sejarah, kehalusan seni buatannya, keunikan, budaya dan warisan membuatkan sesuatu barang tidak boleh dinilai dengan wang semata-mata.

"Inilah antara sebab mengapa ramai pengumpul barang antik sanggup mengeluarkan belanja yang adakalanya tidak masuk akal," ujarnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

1,250 murid terima bantuan

Posted:

1,250 murid terima bantuan

1,250 murid terima bantuan

Oleh RAHANA MOHD. DAHARI
utusankelantan@utusan.com.my


DALI Husin menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada pelajar miskin di SMK Pengkalan Chepa I, Kota Bharu, kelmarin.


KOTA BHARU 27 Dis. – Seramai 1,250 murid sekolah rendah dan menengah dari Parlimen Pengkalan Chepa yang tersenarai di bawah e-Kasih menerima bantuan kelengkapan sekolah yang bernilai RM150,000.

Bantuan itu disalurkan melalui Program Akhiri Zaman Miskin atau Azam di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang diselaras oleh ahli Parlimen seluruh negara menjelang sesi persekolahan minggu depan.

Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Dali Husin berkata, bantuan tersebut disalurkan kepada murid sekolah rendah yang memasuki tahun dua dan pelajar sekolah menengah yang akan memasuki tingkatan dua pada tahun hadapan yang datang dari keluarga miskin dan berpendapatan RM750 sebulan.

''Majlis hari ini adalah kesinambungan bantuan yang secara tradisinya diberikan kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah bagi mengurangkan beban perbelanjaan membeli keperluan barangan sekolah.

''Bantuan beg, sepasang pakaian seragam dan kasut itu diagih-agihkan kepada tiga kawasan iaitu sebanyak 311 di Pancor, 375 di Cempaka dan 564 di Kijang yang kesemuanya berjumlah seramai 1,250 orang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Bantuan Pakaian Sekolah e-Kasih Dewan Undangan Negeri Cempaka Parlimen Pengkalan Chepa di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 1, di sini semalam.

Hadir sama, wakil Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri, Mohd. al-Hafiz Hamzah; guru besar sekolah, Aziz Ali dan lebih 400 murid dan ibu bapa yang menerima bantuan.

Terdahulu dalam ucapannya, Dali menasihatkan ibu bapa agar memberi perhatian kepada anak-anak yang dianggap aset atau harta supaya belajar bersungguh-sungguh agar tidak mewarisi kemiskinan pada masa akan datang.

''Bukan sesuatu yang mustahil apabila hari ini akhbar melaporkan anak nelayan dan petani daripada golongan miskin muncul sebagai pelajar terbaik dalam peperiksaan yang diumumkan baru-baru ini.

''Ini membuktikan anak-anak kita juga walaupun dalam serba kekurangan tetapi mendapat bantuan dan kemudahan yang disalurkan oleh kerajaan juga mampu mencapai kejayaan yang sama tetapi memerlukan komitmen semua pihak," ujarnya.

Sementara itu, Mohd. al-Hafiz memberitahu, kerajaan berjaya mencapai sasaran sifar miskin tegar di jajahan Kota Bharu tahun ini apabila seramai 375 keluarga yang berdaftar di bawahnya telah keluar daripada belenggu kemiskinan melalui pelbagai bantuan yang dihulurkan.

"JKM kini sedang mengemas kini senarai e-Kasih yang baru mengikut kategori bagi tahun hadapan selepas menerima maklumat bancian berkaitan," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan