Harian Metro: Mutakhir |
Posted: 24 Dec 2010 09:58 AM PST IPOH: Misteri sebuah kereta yang tiba-tiba berhenti dan tidak bergerak di satu persimpangan lampu isyarat di sini, semalam menimbulkan tanda tanya orang ramai yang menggunakan laluan itu sebelum mendapati seorang lelaki terbaring kaku tidak bernyawa di tempat duduk pemandu kenderaan itu. Sebelum kejadian, orang ramai yang menggunakan laluan itu curiga apabila mendapati kereta berkenaan tidak bergerak walaupun lampu isyarat sudah bertukar hijau beberapa kali.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 pagi di Jalan SP Seenivasagam berdekatan Perpustakaan Tun Razak itu, seorang penyelia teknikal sebuah syarikat telekomunikasi tempatan ditemui meninggal dunia di tempat duduk pemandu kereta Perodua Kancil dipandunya dipercayai akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Jelapang.
Katanya, arwah sudah tidak bernyawa sebaik dia tiba di tempat kejadian dan kali terakhir berjumpa arwah minggu lalu ketika bekerja bersama-sama dan sepanjang mengenalinya, arwah tidak pernah mengadu sakit. |
Posted: 24 Dec 2010 09:57 AM PST KUALA LUMPUR: Remuk hati seorang isteri apabila suami yang dikahwini lebih 20 tahun lalu mengeji payudaranya sudah tidak menarik sebelum meninggalkannya untuk menjalin hubungan cinta dengan pembantu rumah warga Indonesia. Isteri malang itu yang hanya mahu dikenali sebagai Faridah, 43, mendakwa suaminya yang berusia 45 tahun mengabaikan dia dan anak-anak sejak tiga bulan lalu hingga langsung tidak menghulurkan nafkah.
"Paling menyedihkan apabila bentuk fizikal saya yang tidak lagi menarik selain payudara saya yang sudah kendur dijadikan bahan sindiran untuk menghina dan mencaci saya di depan anak.
Faridah yang mendirikan rumah tangga pada 1990 berkata, keadaan kekurangan fizikal dialami banyak berpunca dari faktor genetik selain terpaksa menyusukan semua enam anaknya ketika mereka kecil. Kini anaknya berusia antara lima hingga 20 tahun.
Dia yang bergantung hidup dengan menjual kuih dan nasi lemak memberitahu kesibukannya berniaga selain menguruskan anak-anak serta rumah tangga menyebabkan keadaan dirinya sering kali tidak terurus.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan