Malaysiakini :: Berita |
Debat Pemuda PAS-Umno Larut Sabtu ini Posted: 30 Dec 2010 04:19 AM PST Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengucap tahniah kepada Pemuda PAS dan Pemuda Umno Larut di atas usaha menganjurkan satu pentas debat di Dewan Serbaguna MDS, Taman Permai 2 , Selama pada jam 8 malam Sabtu ini. Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.Debat tersebut adalah antara ketua Pemuda PAS dan ketua Pemuda Umno Larut. "DPPN Pk mengalu-alukan usaha debat ini yang sudah tentu akan mematangkan lagi generasi muda masakini," kata ketuanya, Zawawi Hassan. "Pemuda PAS Larut akan menampilkan Mohd Nazri Din (kanan), manakala Pemuda Umno pula akan menampilkan Mohamad Anuar Ariffin (kiri). "DPPN Pk memberikan sokongan sepenuhnya kepada kedua-dua pihak agar dapat melangsungkan majlis debat tersebut dengan jayanya," tambahnya. Malah, katanya, DPPN Pk berharap, majlis seumpama itu diteruskan agar pemikiran generasi muda dapat menerima kaedah debat sebagai satu pentas bagi mematangkan pemikiran generasi muda sedia ada. "Walaupun difahamkan ada tentangan mahupun halangan daripada pihak-pihak tertentu, DPPN Pk berharap pentas debat itu nanti akan menjadi satu contoh yang berguna kepada masyarakat umum. "DPPN Pk berharap majlis tersebut tidak dihalang malah disokong bagi menyalurkan maklumat dan menyediakan medan percampahan fikiran anak muda yang berwawasan. "DPPN Pk sekali lagi mengharapkan rakyat dapat menerima majlis perdebatan ini sebagai satu program yang sihat dan berharap ianya dapat diteruskan oleh mana-mana pihak lain selepas daripada ini," katanya. Berikutan, katanya, DPPN Pk mempelawa pergerakan Pemuda Umno Perak agar turut sama hadir bagi sama-sama menyokong usaha tersebut. |
Wanita antara disenarai calon PAS di Tenang Posted: 30 Dec 2010 04:01 AM PST Seorang wanita adalah antara yang disenaraikan untuk dipertimbangkan sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari depan. Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price."Beliau merupakan bekas seorang guru, anak tempatan, dan memegang jawatan di cabang tempatan parti itu," kata satu sumber kepada Bernama hari ini. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu Datuk Sulaiman Taha, 59, daripada BN akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis pada 17 Disember lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 22 Januari. Dalam pilihan raya umum 2008, allahyarham Sulaiman yang juga merupakan ketua Umno bahagian Labis menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran, dengan majoriti 2,491 undi. Pengarah operasi pilihan raya PAS bagi pilihan raya kecil Tenang, Dzulkefley Ahmad ketika dihubungi berkata, kemungkinan PAS meletakkan calon wanita hanyalah satu khabar angin kerana keputusan mengenai siapa calon PAS akan dibuat oleh pucuk pimpinan parti tidak lama lagi. Namun, katanya, nama pemimpin wanita itu terdapat dalam senarai yang dicadangkan sebagai calon. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Malaysiakini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan