Isnin, 27 Disember 2010

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Sistem program MB dilancar

Posted:

Sistem program MB dilancar

Sistem program MB dilancar

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
utusanperak@utusan.com.my

IPOH 26 Dis. - Kerajaan negeri hari ini melancarkan Sistem Pemantauan Turun Padang bagi memastikan setiap aduan rakyat semasa program turun padang Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di setiap daerah diberi perhatian dan tindakan sewajarnya boleh diambil.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Hashim berkata, dengan adanya sistem tersebut, setiap aduan dapat dikendalikan secara lebih bersistematik dan sekali gus meningkatkan kecekapan pengurusan aduan.

Katanya, setiap isu juga mudah dipantau kerana ada menu carian dan ia disimpan dalam pangkalan data.

''Skop sistem ini ialah merekodkan isu yang dikemukakan semasa aktiviti turun padang oleh Menteri Besar serta tindakan yang telah diambil.

''Sistem ini juga merekodkan laporan tindakan terhadap isu yang dikemukakan untuk tujuan pemantauan," katanya pada Majlis Perhimpunan dan Excecutive Talk Bil 3/2010 di sini, hari ini.

Pada majlis tersebut, beliau turut melancarkan Sistem Pemantauan Turun Padang.

Menurut Abdul Rahman, pengguna sistem tersebut terdiri daripada tiga pihak iaitu Setiausaha Sulit Kanan Pejabat Menteri Besar Perak, pegawai atau penolong pegawai daerah dan kerani atau pembantu tadbir pejabat daerah.

''Setiausaha Sulit Kanan Pejabat Menteri Besar akan mengesahkan status isu yang dikemas kini oleh pegawai daerah dan memantau aduan serta tindakan yang dijana oleh sistem.

''Pegawai atau penolong daerah pula akan mengemaskini status dan tindakan yang diambil terhadap isu yang dimasukkan oleh kerani semasa program turun padang Menteri Besar ke dalam sistem ini," ujarnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kutipan zakat JZNK lepasi sasaran

Posted:

Kutipan zakat JZNK lepasi sasaran

Kutipan zakat JZNK lepasi sasaran


Syeikh Ghazali Yaacob (kiri) membaca doa selepas penyerahan zakat Bank Muamalat oleh Mohd. Hafiz Fauzi di Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 26 Dis. - Jabatan Zakat Negeri Kedah (JZNK) mengutip zakat sebanyak RM73.8 juta dari Januari sehingga Khamis lalu berbanding RM66.9 juta sepanjang tahun lalu.

Sasaran kutipan zakat agensi tersebut untuk tahun ini adalah sebanyak RM73 juta dan jumlah kutipan dijangka terus meningkat sehingga akhir minggu depan dengan jangkaan mencecah RM80 juta.

Setiausaha Jawatankuasa JZNK, Datuk Syeikh Ghazali Yaacob memberitahu, peningkatan kutipan itu berikutan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan dan kebaikan membayar zakat.

Kata beliau, pihaknya juga giat menjalankan kempen dan penerangan mengenai zakat menerusi Unit Operasi JZNK dari semasa ke semasa.

"Menjelang akhir tahun kutipan dijangka mampu mencecah RM80 juta. Bagi 2011 JZNK menyasarkan kutipan zakat meningkat kepada RM83 juta," katanya selepas majlis penyampaian dan penyerahan zakat oleh Bank Muamalat dan Public Bank di sini, hari ini.

Pada majlis itu Bank Muamalat yang diwakili Ketua Jabatan Syariahnya, Mohd. Hafiz Fauzi menyerahkan zakat sebanyak RM120,000 manakala Public Bank yang diwakili Pengurus Cawangan Alor Setar, Megat Zaidi Megat Mokhtar menyampaikan zakat sejumlah RM25,000.

Syeikh Ghazali memberitahu, daripada jumlah kutipan itu, pihaknya sudah menyalurkan lebih RM60 juta kepada lapan asnaf yang layak termasuk RM10 juta kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

Beliau memberitahu, biarpun kutipan zakat meningkat, namun kesedaran pembayaran zakat bagi sektor penanaman khususnya padi tidak banyak berubah iaitu sekitar RM3.7 juta berbanding kutipan yang sepatutnya mampu diperoleh iaitu RM20 juta.

Menurutnya, pesawah di negeri ini memberi alasan peningkatan kos pengurusan padi menjadi kekangan kepada mereka untuk membayar zakat.

''Mereka (pesawah) tidak mahu bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan. Dengan membayar zakat, rezeki mereka berkat dan bertambah tetapi mereka tidak mahu sedar tentang itu. Golongan lain yang dikenal pasti liat membayar zakat ialah peniaga," katanya.

Kata beliau, pihaknya bagaimanapun tidak berputus asa untuk menyedarkan orang ramai mengenai perkara tersebut menerusi pelbagai kempen dan program penerangan yang diadakan dari semasa ke semasa.

Pembayaran tertinggi zakat kepada JZNK ialah menerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu RM3.6 juta diikuti Lembaga Tabung Haji sebanyak RM2.8 juta.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan