Harian Metro: Setempat |
Posted: 26 Dec 2010 10:02 AM PST PUCHONG: Beberapa pemilik kereta hanya mampu menepuk dahi apabila kenderaan yang dihantar untuk dibaiki di sebuah bengkel di kawasan perindustrian Puchong Utama, di sini hangus terbakar dalam kejadian tengah hari, semalam. Kejadian jam 1 tengah hari itu dipercayai ada kaitan dengan litar pintas.
"Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi kejadian, kira-kira 12 kereta yang berada di dalam bengkel itu sudah hangus terbakar. Malah beberapa kereta yang diletakkan di hadapan bengkel juga turut musnah dijilat api," katanya.
Beliau berkata, pihak forensik kebakaran akan dipanggil bagi menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kebakaran itu.
|
Posted: 26 Dec 2010 09:58 AM PST SHAH ALAM: Seorang wanita mengalami detik cemas apabila disamun tiga lelaki 'geng langgar dan rompak' di hadapan rumahnya di Seksyen 7, di sini semalam. Kumpulan penjenayah terbabit sengaja berlakon melanggar belakang kereta ViVa milik mangsa bagi memperdayakannya memberhentikan kereta sebelum merompak selepas mangsa keluar dari kereta.
Menurutnya, dia yang terkejut dengan insiden itu terus masuk ke dalam kawasan parkir kereta di rumah dan membunyikan hon beberapa kali kerana bimbang di apa-apakan.
Siti Zalina berkata, dia kemudian membuka sedikit cermin tingkap kereta dan seorang daripada lelaki terbabit meminta maaf dengan memberitahu rakan mereka yang memandu dalam keadaan mabuk menyebabkan dia terlanggar keretanya.
"Bagaimanapun, mereka turut menyalahi saya kerana tidak memberi lampu isyarat ketika ingin membelok sedangkan saya sudah berada di hadapan rumah," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan