Selasa, 28 Disember 2010

Malaysiakini :: Berita

Malaysiakini :: Berita


Nik Aziz mahu mereka yang fitnahnya mohon maaf

Posted: 28 Dec 2010 06:20 AM PST

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu mereka yang menyebarkan berita memfitnah kononnya beliau meninggal dunia agar memohon maaf dengannya.

"Saya tidak akan ampun dan akan menanggung dosa di akhirat kelak selagi dia tidak minta maaf dengan saya," kata Mursyidul Am PAS itu kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat mengenai bekalan air di kediaman rasminya di JKR 10, di Kota Bharu hari ini.

Sebelum ini, berita mengenai kesihatan Nik Abdul Aziz, 79, heboh diperkatakan malah dikatakan telah meninggal dunia malam tadi.

Menteri besar itu minggu lalu menerima rawatan di Wad Eksekutif Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana sakit pinggang.

Ketika ditanya sama ada beliau masih mampu mentadbir Kelantan, Nik Abdul Aziz berkata beliau masih mampu berbuat demikian kerana tugas mentadbir negeri bukan dengan tenaga zahir tetapi dengan otak dan mengaku otaknya masih berfungsi dengan baik.

Beliau juga menyifatkan spekulasi mengenai kesihatan seseorang pemimpin terutama pemimpin politik adalah perkara biasa.

- Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Lau: K'jaan pusat tak ada kuasa penuh lantik SU S'gor

Posted: 28 Dec 2010 03:45 AM PST

Perlembagaan Selangor tidak memberikan kerajaan persekutuan kuasa penuh untuk memutuskan tentang pelantikan setiausaha kerajaan negeri, kata ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.

Lau berpendapat bahawa Perkara 52 (1) perlembagaan negeri menyatakan jawatan itu mesti dilantik oleh 'suruhanjaya perkhidmatan yang relevan' dan tidak semestikan dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

"Jelas bahawa pelantikan setiausaha kerajaan negeri tidak semestinya dibuat oleh SPA. Pelantikan itu juga boleh dibuat oleh 'suruhanjaya perkhidmatan yang relevan' seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Selangor.

"Frasa 'Suruhanjaya Perkhidmatan Awam' tidak disebutkan secara khusus dalam perlembagaan Selangor," kata Lau dalam satu kenyataan hari ini.

Lau mengulas laporan akhbar Sinar Harian yang menyebut bahawa istana telah memperkenan pelantikan bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru.

"Pada pandangan saya, keputusan iru 'confirm' kerana Tuanku telah berkenan melantik beliau," kata Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, dalam laporan muka Sinar Harian.

[Baca berita penuh]

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan