Selasa, 28 Disember 2010

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Penternak dipelawa sertai projek

Posted:

Penternak dipelawa sertai projek

Penternak dipelawa sertai projek

Oleh ANI AWANG
utusanperak@utusan.com.my


Ladang ternakan kambing boer yang terletak di Pondok Tanjung, Taiping, kini mempunyai 1,555 baka tempatan dan Australia.


TAIPING 27 Dis. – Pembukaan ladang pengganda kambing boer nasional di Pondok Tanjung dekat sini, bakal memberi impak kepada bekalan makanan negara.

Ini kerana, ternakan tersebut mampu menghasilkan populasi baka kambing terbaik untuk keperluan penternak tempatan, di samping mengurangkan import negara menjelang 2015.

Ketua Pegawai Eksekutif SBBC Corporation Sdn. Bhd., Abu Zaki Abu berkata, kos keseluruhan projek itu dianggarkan bernilai RM50 juta.

Beliau berkata, fasa pertama projek itu sedang dilaksanakan melibatkan 310 kambing boer yang sedang diternak dalam lima kandang sejak pertengahan tahun ini.

Katanya, fasa kedua pula melibatkan 300 kambing lagi yang akan dimasukkan ke dalam kandang pada tahun depan.

"Kambing boer yang diternak di sini diperoleh daripada penternak tempatan dan diimport dari Australia.

"Dalam fasa kedua nanti, kita akan membina 23 lagi kandang selain kilang memproses makanan kambing, kilang memproses daging kambing dan baja organik berasaskan tinja kambing," katanya ketika ditemui di ladang itu di Pondok Tanjung, dekat sini baru-baru ini.

Projek tersebut melibatkan kawasan seluas 770 hektar dan ia dijalankan secara kerjasama dengan Syarikat SBBC Corporation Sdn. Bhd., Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Projek ladang tersebut bermula sejak 2008 dan kini mempunyai 1,555 kambing boer baka tempatan dan Australia.

Jumlah itu akan bertambah kepada 9,200 ekor induk betina dan 300 ekor jantan yang diternak di sini menjelang tahun depan.

Projek tersebut merupakan sebahagian daripada 29 projek bernilai RM468 juta yang dilaksanakan di kawasan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Menurut Abu Zaki, melalui ternakan di sini, ladang itu mengeluarkan baka kambing boer jantan dan betina serta daging kambing.

Katanya, pihaknya akan memasarkan kambing boer bagi memenuhi permintaan dalam dan luar negara.

Selain itu, katanya, pihaknya akan mempelawa penternak untuk menyertai ladang itu sebagai peserta projek.

"Kita akan membuat pemilihan peserta tidak lama lagi apabila beberapa lagi kandang baru siap dibina," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Pemuda penyakit ganjil dibantu

Posted:

Pemuda penyakit ganjil dibantu

Pemuda penyakit ganjil dibantu

Oleh AZMAN MD.NOOR
utusankedah@utusan.com.my


ISMAIL Abi Hashim (dua dari kiri) menyerahkan cek dan peralatan sokongan kepada Mustaffa Md. Noor di rumahnya di Kampung Baru Mukim Siong, Baling, Kedah, semalam.


BALING 27 Dis. - Seorang pemuda yang kedua-dua belah kakinya mengecil sejak 10 tahun lalu akibat penyakit ganjil bersyukur apabila nasibnya mendapat perhatian Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kedah.

Mustaffa Md. Noor, 38, dari Kampung Baru Mukim Siong di sini berkata, selama 10 tahun dia bergantung hidup kepada ibunya, Zaiton Abd Ghani, 58, yang menjaganya sepenuh masa walaupun sudah uzur dan tidak mampu melakukan tugas berat.

Hari ini, Pengarah Perkeso Kedah, Ismail Abi Hashim bersama pegawainya berkunjung ke rumah pemuda itu untuk menghulurkan bantuan kerusi roda dan beberapa peralatan lain bagi memudahkannya bergerak.

Mustaffa turut memperoleh bantuan bulanan sebanyak RM250 selain bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM150.

"Sekurang-kurangnya bantuan RM250 daripada Perkeso dan JKM sebanyak RM150 setiap bulan dapat menampung perbelanjaan termasuk kos rawatan berulang-alik mendapatkan rawatan di hospital," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini hari ini.

Menurutnya, dia menjalani pelbagai rawatan moden dan tradisional, namun sehingga kini belum membuahkan hasil memberangsangkan menyebabkan dia terlantar di katil serta mengharapkan bantuan keluarga untuk bergerak.

"Saya bersyukur kerana Perkeso turut membantu menyumbangkan kerusi roda, tongkat dan peralatan bagi memudahkan saya membuang air besar sendiri dan tidak menyusahkan keluarga.

"Sebelum ini saya hanya duduk di katil. Dengan kemudahan ini, membolehkan saya bergerak lebih selesa di rumah dengan bantuan tongkat ini," katanya.

Sementara itu, Ismail berkata, Mustaffa layak menerima pencen bulanan sebanyak RM250 sebulan sehingga akhir hayatnya.

Beliau berkata, lelaki itu layak menerima pencen ilat itu setelah jabatan menerima laporan perubatan penyakit yang dihadapinya bagi membolehkan dia menerima wang pencen bulanan.

Katanya, jabatan memang peka dengan masalah yang dihadapi pencarum dan mereka perlu merujuk kepada jabatan sekiranya perlu mendapat penjelasan lebih lanjut supaya pelbagai bantuan dapat diberikan.

Dalam pada itu, Ismail berkata, pekerja di mana-mana sektor mempunyai hak dan majikan perlu bertanggungjawab mencarum untuk pekerja mereka.

"Saya menggalakkan pekerja supaya mengambil tahu perkara ini supaya mereka tidak dianiayai sekiranya berlaku sesuatu ke atas mereka semasa di tempat kerja.

"Kita sentiasa membantu supaya pekerja dicarum setiap bulan kerana apabila berlaku kejadian buruk, mereka layak dapat pampasan," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan