Ahad, 26 Disember 2010

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


MPAJ sita lori buang sampah secara haram

Posted:

MPAJ sita lori buang sampah secara haram

MPAJ sita lori buang sampah secara haram


LORI yang ditahan oleh penguat kuasa MPAJ kerana membuang sampah secara haram di Kampung Tasik Tambahan, Ampang, baru-baru ini.


AMPANG JAYA 26 Dis. – Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menyita sebuah lori atas kesalahan menjalankan aktiviti pembuangan sampah secara haram.

Tindakan di bawah Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MPAJ) 2007 dilakukan dalam satu operasi di Jalan 6/11, Kampung Tasik Tambahan di sini baru-baru ini.

Pegawai Perhubungan Awam MPAJ, Norhayati Ahmad dalam satu kenyataan berkata, dalam operasi berkenaan, sebuah lori yang sedang membuang sampah bahan binaan telah ditahan.

Menurutnya, dalam pemeriksaan yang dijalankan, sampah-sarap tersebut didapati dibuang oleh pekerja warga Myanmar dari sebuah syarikat pembinaan.

Menurutnya, operasi yang diketuai Penolong Pegawai Penguatkuasa Rosli Jaafar itu dijalankan berdasarkan kepada aduan orang ramai tentang aktiviti yang dijalankan pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Selain tindakan sita, pemilik lori juga diarahkan supaya menjelaskan kompaun serta-merta sebanyak RM1,000 sebelum lori tersebut boleh dilepaskan," katanya.

Norhayati berkata, aktiviti-aktiviti pembuangan sampah secara haram itu bukan sahaja menyebabkan ada kawasan yang dipenuhi oleh sampah-sarap dan berbau busuk tetapi juga turut menimbulkan halangan kepada lalu-lintas.

Tambahnya lagi, kawasan Kampung Tasik Tambahan telah beberapa kali dibersihkan pihak MPAJ tetapi masih dicemari oleh sampah-sarap daripada aktiviti pembuangan sampah secara haram.

"Sehubungan itu, MPAJ meminta orang ramai yang terlihat mana-mana individu yang membuang sampah di tempat awam supaya segera memaklumkan kepada pihaknya.

"Kerjasama orang ramai amat diperlukan kerana banyak kawasan di sekitar MPAJ telah dijadikan sebagai tempat pembuangan sampah haram,'' ujarnya lagi.

Sebarang aduan boleh dikemukakan dengan menghubungi hotline Majlis ditalian 03-42968100 atau talian bebas tol MPAJ di nombor 1-800-22-8100 yang beroperasi 24 jam.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Keputusan tamat sewa muktamad

Posted:

Keputusan tamat sewa muktamad

Keputusan tamat sewa muktamad

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 26 Dis. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan mengkaji semula keputusannya menamatkan penyewaan terhadap keluarga Pritam Singh a/l Gurmuk Singh di unit 10-04-10 Perumahan Awam Setapak Jaya di sini.

Pengurus Komunikasi Korporatnya, Anwar Mohd. Zain menjelaskan, ia bukan sahaja kerana penyewa terbabit melanggar undang-undang tetapi gagal mengambil tindakan sewajarnya walaupun amaran sudah diberikan.

Menurutnya, tindakan Pritam Singh meletakkan tong-tong gas industri di tempat letak kereta perumahan itu adalah salah di bawah Undang-Undang Kecil Perumahan Awam (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2000.

Katanya, tindakan tersebut juga membahayakan penduduk setempat kerana bahan tersebut mudah terbakar.

"Perkara ini telah berlanjutan sehingga tiga bulan dan dalam tempoh tersebut, banyak amaran lisan dan bertulis telah dikeluarkan kepada penyewa terbabit, namun masih tiada sebarang tindakan diambil.

"Oleh itu, pada 24 Mac lalu, DBKL telah mengeluarkan Notis Kemungkiran di bawah undang-undang tersebut dan penyewa ini turut gagal mematuhi notis berkenaan.

"Akhirnya, pada 16 Ogos lalu, kita terpaksa menamatkan perjanjian penyewaan ini dan tindakan pengosongan unit yang didiami telah dikeluarkan," katanya.

Beliau mengulas rayuan keluarga terbabit yang meminta dibenarkan untuk menetap semula di situ setelah ditamatkan penyewaan oleh DBKL kerana salah seorang daripada ahli keluarga terbabit meletakkan lori bermuatan tong gas di tempat letak kereta perumahan tersebut.

Dalam rayuannya, penyewa tersebut telah berjanji tidak akan mengulangi tindakan itu lagi.

Anwar menambah, Persatuan Penduduk Perumahan Awam tersebut menerusi surat bertarikh 24 November lalu, juga sebulat suara menyokong tindakan DBKL itu.

Sementara itu, DBKL turut menamatkan penyewaan terhadap sebuah lagi keluarga iaitu keluarga Narayanasamy a/l Daromon yang menyewa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak.

Ujarnya, keluarga terbabit didapati mempunyai rekod pembayaran sewa dan bil air yang sangat tidak memuaskan.

Katanya, sehingga kini, sekurangnya-kurangnya 12 notis tunggakan sewa yang gagal dijelaskan telah dikeluarkan.

"Sehingga 30 November lalu, penyewa terbabit telah mempunyai tunggakan sebanyak RM 7,146.40 termasuk tunggakan bil air.

"Didapati juga, sejak menduduki unit terbabit, penyewa tidak pernah membayar bil air dan jumlahnya kini adalah sebanyak RM5,286.40," katanya.

Selain itu, anak kepada Narayanasamy, iaitu N.Gopalakrishnan juga sering membuat kesalahan iaitu mencuri kabel elektrik di kawasan PPR tersebut.

Katanya, Gopalakrishnan sudah beberapa kali ditangkap oleh penduduk Desa Tun Razak, pasukan Rela dan Rukun Tetangga kawasan itu atas kesalahan tersebut.

Katanya lagi, Gopalakrishnan juga merupakan penagih dadah tegar dan sering menimbulkan kacau ganggu serta menimbulkan kemarahan penduduk.

"Berdasarkan kepada kesalahan tersebut, pihak DBKL telah menamatkan penyewaannya pada 1 Oktober lalu, seterusnya mengunci unit terbabit pada 4 Disember lalu," jelasnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan