Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 26 Dec 2010 11:01 AM PST HANYA 90 minit lagi memisahkan Malaysia untuk mencatat sejarah sebagai juara baru Piala Suzuki AFF apabila menenggelamkan cabaran Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam. "Sejak dari awal saya memberitahu pemain supaya bersikap agresif kerana Indonesia pasukan yang kuat namun dihampakan kerana sentuhan penyudah yang kurang baik.
Tambah jurulatih berusia 54 tahun itu beliau terus memberikan arahan kepada pemain supaya bermain agresif pada separuh masa kedua kerana sedar saingan final kedua di di Jakarta, Rabu ini, sangat sukar dan ini adalah peluang terbaik untuk mencari gol.
Mengenai perlawanan akhir kedua di Jakarta, Rajagobal menjelaskan beliau tidak akan menggunakan corak permainan bertahan saja.
Malaysia yang layak ke final selepas 14 tahun nyata berada dikelas tersendiri apabila beraksi lebih baik pada separuh masa kedua diiringi sokongan kira-kira 70,000 penyokong tempatan di Stadium Nasional.
|
‘Mana anak aku...’ Posted: 26 Dec 2010 11:01 AM PST BUKTI...Asyrizulkifli menunjukkan kawasan kemalangan. PASIR MAS: "Mana anak aku...mana anak aku!" jerit Abdul Aziz Abdullah, 42, sebaik tiba di lokasi kemalangan yang mengorbankan empat nyawa termasuk dua anaknya selepas sebuah kereta dinaiki lima sepupu terbabas dan melanggar sebatang pokok di Kampung Kenjong, dekat sini, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 7.45 malam itu, lima sepupu terbabit dalam perjalanan dari rumah mereka di Cabang Tiga Chetok, Jalan Tok Uban, dekat sini, untuk ke pusat tuisyen di bandar ini menaiki kereta Peugeot 406 dipandu Amir Asyraf Abd Aziz, 22.
Katanya, lebih memilukan, anak kedua Abdul Aziz, Irsyanudin, 13, meninggal dunia dalam parit di tempat kejadian bersama sepupunya, Isyraf Ibrahim, 11. "Sebaik melihat mayat kedua-dua anaknya, saya lihat dia (Abdul Aziz) tidak dapat mengawal perasaan lalu meraung sebelum ditenangkan orang ramai yang membantu mengeluarkan mangsa," kata Asyrizulkifli.
"Ketika itu saya lihat kereta itu cuba memotong kenderaan lain, namun gagal disebabkan ada kenderaan lain di depan sebelum ia melencong jauh sehingga terbabas dan melanggar pokok," katanya.
"Kami menyuluh ke dalam kereta untuk melihat keadaan mangsa, tetapi tidak ada sesiapa di dalamnya dan kemudian menemui pemandu kereta itu (Amir Asyraf) tercampak di luar kereta.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan