Jumaat, 31 Disember 2010

Malaysiakini :: Berita

Malaysiakini :: Berita


Selamat Tahu Baru dari Malaysiakini

Posted: 31 Dec 2010 09:00 AM PST

Malaysiakini mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru kepada para pembaca di mana juga anda berada.

Semoga tahun 2011 menyaksikan lebih banyak kemajuan dalam perjuangan kita untuk menegakkan kebebasan akhbar, melindungi hak asasi manusia dan meningkatkan lagi ketelusan dalam urustadbir.

Kami akan kembali menemui anda esok dengan berita dan pandangan yang lebih menarik lagi.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Mujahid: 'Menuju PAS baru' untuk masa depan PAS

Posted: 31 Dec 2010 07:16 AM PST

Ahli jawatankuasa kerja PAS Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata beliau bersikap terbuka terhadap kritikan daripada mana-mana pihak berhubung buku terbarunya Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme, yang dihasilkannya dengan hasrat untuk memperbaiki organisasi parti.

"Jika ia baik untuk parti saya berbangga kerana telah menjalankan tanggungjawab saya.

"Tetapi sekiranya tidak diterima sekalipun saya bersyukur kerana telah berusaha ke arah melihat masa depan PAS yang pastinya akan menjadi parti arus perdana dalam negara ini," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.

PAS mujahidBeliau berkata menjadi tanggungjawabnya untuk menjelaskan segala kekeliruan yang timbul hasil daripada penulisan bukunya itu termasuk keputusan Dewan Ulama PAS Kedah yang menolak pandangannya dalam buku itu sepertimana yang disiarkan beberapa akhbar tempatan baru-baru ini.

Dewan Ulama PAS Kedah dalam satu kenyataan pada Rabu lepas berkata dewan itu menolak tulisan Dr Mujahid dalam buku itu yang antara lain mahu mengubah konsep kepimpinan ulama dalam parti itu dan bahawa PAS perlu berpijak di bumi nyata dan harus "dinasionalkan".

Dr Mujahid berkata buku tulisannya itu merupakan usaha untuk melihat masa depan PAS dengan mengambil kira aset perjuangan parti sejak lebih 50 tahun lepas.

"PAS juga melalui fasa-fasa kepimpinannya dan buku "Menuju Pas Baru" hanyalah garapan saya terhadap masa depan organisasi parti yang perlu difikir oleh generasi muda.

"Kekeliruan dari sudut istilah-istilah yang digunakan dalam buku tersebut boleh dijelaskan dengan mengadakan wacana dan diskusi yang sihat bagi membudayakan sikap keterbukaan kepada pandangan-pandangan yang berbeza," katanya.

- Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan