Harian Metro: Setempat |
Posted: 30 Dec 2010 09:56 AM PST KUALA LUMPUR: Walaupun sudah sembilan kali serbuan dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) termasuk meroboh bilik kecil yang disediakan untuk kegiatan pelacuran di 11 premis di Jalan Petaling dan Jalan Silang, di sini, tetapi pemiliknya berdegil dan menjalankan operasi seolah-olah kebal sebarang tindakan undang-undang. Berikutan itu, anggota penguat kuasa DBKL sekali lagi meroboh bilik dalam premis itu dalam operasi khas, kira-kira jam 1 tengah hari semalam.
Katanya, pihaknya sudah menjalankan operasi sama dan dalam operasi terbaru ini, pihaknya memberi notis kepada pemilik supaya tidak membina bilik dalam premis itu.
Tanda berkata, operasi berkenaan kali ke-10 diadakan di kawasan itu sejak 2008.
"Tindakan seterusnya adalah memantau premis terbabit dengan meletakkan seorang pegawai dan lima anggota penguat kuasa bagi mengelakkan premis itu kembali beroperasi," katanya. |
Posted: 30 Dec 2010 09:50 AM PST SABAK BERNAM: "Kami menjadikan air hujan sebagai sumber utama untuk kegunaan harian termasuk memasak, mandi dan membasuh pakaian selepas bekalan air dipotong sebulan lalu," kata penerima sumbangan air percuma Program Air Percuma Untuk Golongan Memerlukan (Tabung Budi), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (Puncak Niaga). Ibu tunggal lapan anak, Afzan Alias, 48, yang mempunyai tunggakan bil RM184.31 berkata, sudah dua kali bekalan air di rumahnya dipotong kerana tidak mampu membayar tunggakan ekoran kemiskinan hidup selepas suami tersayang, Mohd Hassim Saari, 60, meninggal dunia lima tahun lalu akibat paru-paru berair.
"Kerana tidak cukup wang, saya tidak membayar bil selama empat bulan dan terpaksa merelakan bekalan air dipotong demi memberi sesuap nasi kepada anak-anak yang masih kecil," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Batu Dua Tebuk Pulai, di sini, semalam.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan