Rabu, 29 Disember 2010

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Pasangan pencuri

Posted: 28 Dec 2010 11:57 AM PST

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri warga asing dipercayai warga Iran dikesan bergiat aktif mencuri beg tangan dan barangan berharga daripada orang ramai di beberapa kafe Internet dan restoran makanan segera di Jalan Raja Laut, di sini.

Kegiatan mereka dipercayai hanya tertumpu pasangan mangsa warga asing yang leka melayari Internet atau memesan makanan di premis di kawasan itu.


Seorang mangsa, Mahmood Muhi Aziz,28, yang juga seorang warga Iraq yang baru mendapat taraf penduduk tetap dan isterinya, Jamiah Ngah Talib, 49, mangsa terbaru pasangan terbabit ketika melayari Internet di Jalan Raja Laut, baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, dia baru saja memasuki kafe berkenaan sebelum menyedari kehadiran pasangan terbabit, namun tidak mengesyaki sesuatu yang buruk apabila mereka masuk dan seorang daripada mereka dilihat bercakap di telefon bimbitnya.


Katanya, dia duduk berdekatan pintu masuk kafe yang bercermin manakala isterinya duduk bersebelahan.


"Isteri saya meletakkan beg tangannya di bawah meja di tempat duduknya.

"Selepas beberapa minit kami melayari Internet, isteri saya memeriksa beg tangannya, namun ia masih ada di situ dan tidak menyangka beg berkenaan hilang.


"Saya ke kafe berkenaan untuk memohon jawatan kosong melalui Internet.

"Ketika kejadian, isteri saya membaca akhbar dan tidak perasan suspek memerhatikan gerak-geri kami," katanya.


Menurutnya, setengah jam selepas itu, dia ke kaunter untuk membuat bayaran sebelum isterinya mendapati beg tangannya hilang.


Mahmood berkata, dia mendapatkan penjaga kafe itu sebelum meminta untuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV).


"Daripada CCTV itu, kami mendapati dua suspek terbabit mengambil beg isteri saya selang beberapa minit selepas saya duduk di meja komputer.


"Akibat kejadian itu, saya dan isteri kerugian hampir RM10,000 termasuk pasport serta buku akaun saya," katanya.


Mangsa membuat laporan di Balai Polis Putra di Dang Wangi, di sini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Urutan nyala api belakang badan

Posted: 28 Dec 2010 11:51 AM PST

KUALA LUMPUR: Sebuah premis urut di Kepong, di sini, dikesan menawarkan khidmat urutan pelik iaitu menyalakan api di atas kain yang kemudian diletakkan di bahagian belakang pelanggan yang berbaring sebagai kaedah baru melepaskan tekanan.

Kadar bayaran dikenakan pula RM120 untuk sekali perkhidmatan.


Pada masa sama, pelanggan turut ditawarkan urutan batin dan seks.

Taktik terbaru itu dikesan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian Bukit Aman dalam operasi di premis berkenaan kira-kira jam 11 malam kelmarin.


Dalam serbuan itu, seramai 10 wanita warga asing terdiri daripada enam warga China dan empat Vietnam ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.


Jurucakap polis berkata, selain wanita terbabit, empat penjaga premis berkenaan ditahan kerana menggaji warga asing tanpa permit kerja di premis berkenaan.

"Premis ini mempunyai lesen urut kaki yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan masih sah.


"Ketika pemeriksaan, polis turut menjumpai beberapa peket kondom dipercayai digunakan bagi tujuan khidmat seks dan tiga pelanggan berada di premis itu," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan