Harian Metro: BeritaUtama |
Nekad beri anak dalam kandungan Posted: 27 Dec 2010 12:12 PM PST KUALA LUMPUR: "Maafkan ayah nak...walaupun hati ayah berat untuk membuat keputusan ini, namun demi kebaikan masa depanmu, ayah terpaksa," rintih seorang lelaki yang mahu menyerahkan anak dalam kandungan isterinya kepada keluarga lain atas alasan tidak mampu menampung kehidupannya sekeluarga. Shahrul Rahman, 33, berkata dia nekad mengambil tindakan itu selepas mengalami masalah kewangan yang teruk dan tidak mahu anak-anaknya mengalami nasib sama.
Namun, episod sedih hidupnya bermula selepas perniagaannya sebagai pengendali makanan di kantin sekolah di Kedah mengalami kerugian.
Runsing memikirkan masalah dihadapi, Shahrul berkata, dia pernah cuba membunuh diri dengan menelan 60 ubat tidur dan minum cecair peluntur, namun digagalkan isterinya yang menyedari tindakannya itu.
Shahrul berkata, kehidupannya tidak banyak berubah selepas itu dan pernah satu ketika dia sekeluarga mengisi perut dengan menjadikan ubi kayu yang ditanam di belakang kantin sekolah sebagai menu hidangan.
|
Posted: 27 Dec 2010 12:12 PM PST JOHOR BAHRU: Niat murni sepasang suami isteri warga emas menerima kembali anak perempuan mereka, seorang bekas banduan yang mengaku sudah insaf, ibarat memberi madu dibalas racun apabila wanita itu memperdaya mereka sehingga rumah bakal dilelong manakala tanah dan barang kemas turut tergadai. Menceritakan nasib malangnya, Zahrah Mohamad, 68, berkata, anak tirinya itu yang dikenali sebagai Maria sebelum ini terputus hubungan dengan keluarga selama hampir lima tahun dan pernah menjalani hukuman penjara dua tahun pada akhir 90-an atas kesalahan menggelapkan wang.
"Sebelum ini, dia terputus hubungan dengan saya dan suami selepas memberitahu mahu berdikari dan tidak mahu membebankan keluarga.
Malah, Maria yang namanya sudah disenaraihitamkan bank turut mempengaruhi Zahrah supaya menyerahkan barang kemas bernilai RM3,000 dan berjanji menyelesaikan hutang berkenaan dalam tempoh beberapa bulan.
"Jadi, dia gunakan wang pinjaman semula rumah kami untuk bayar sebahagian daripada wang yang diselewengnya. Masalahnya, kini kediaman kami di Taman Universiti hampir dilelong bank kerana ansuran bulanan tidak berbayar sejak dua tahun lalu," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan