Berita Harian: Mutakhir |
Tiada alasan naikkan harga makanan, minuman sehingga 10 peratus: KPDNKK Posted: 30 Dec 2010 02:12 AM PST Mutakhir PUTRAJAYA: Pengusaha restoran tidak mempunyai alasan untuk menaikkan harga makanan dan minuman sehingga 10 peratus meskipun berlaku kenaikan harga gula dan bahan api berkuatkuasa 4 Disember lalu.Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Daud Tahir, berkata simulasi harga yang dibuat baru-baru ini juga menunjukkan perubahan harga makanan dan minuman adalah minimum iaitu kenaikan antara 0.1 sen dan tiga sen sahaja. "Kita sudah buat simulasi dengan kerjasama konsultan (untuk melihat) berapa kenaikan harga makanan dan minuman berikutan kenaikan harga gula dan bahan api baru-baru ini dan tak munasabah jika mereka nak naikkan harga makanan dan minuman," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Daud berkata simulasi harga itu melibatkan 64 jenis makanan dan minuman antaranya teh tarik iaitu perubahan harga sebanyak 0.8 peratus kepada RM1.21 berbanding RM1.20 ketika ini manakala harga teh hanya meningkat 1 sen kepada RM1.01 sen.Simulasi itu juga menunjukkan harga bagi pelbagai jenis roti termasuk roti canai kosong, roti jala dan roti telur, pula mengalami kenaikan antara 0.2 dan 0.3 sen sahaja. Ditanya sama ada pengusaha restoran bersetuju dengan harga simulasi itu, Daud berkata kementerian akan memaklumkan mengenainya dalam satu perjumpaan pada awal Januari ini. "Kita akan memaklumkan mengenai kita punya pengiraan dan alasan kepada mereka kenapa simulasi itu dibuat dan tidak logik untuk menaikkan 10 peratus harga makanan dan minuman," katanya.
Beliau berkata bekalan minyak masak adalah stabil di seluruh negara kecuali terdapat kekurangan di sesetengah tempat serta kekurangan jenama-jenama tertentu di pasaran. "Keadaan ini adalah tidak serius. Spekulasi mengenai kenaikan harga adalah tidak benar dan pengguna dan peniaga diminta tidak membeli dalam kuantiti yang banyak untuk kegunaan harian," katanya. Daud berkata spekulasi kenaikan harga minyak itu timbul akibat kenaikan harga minyak mentah di pasaran global yang mencecah sehingga RM3,800 setiap tan metrik sehingga menyebabkan berlaku pembelian panik oleh pengguna dan peniaga kecil di beberapa kawasan. - BERNAMA Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen |
10 orang awam maut letupan di Afghanistan Posted: 30 Dec 2010 02:07 AM PST Sorry, Readability was unable to parse this page for content. Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan